Showing posts with label Dialog Ibu & Pa'e. Show all posts
Showing posts with label Dialog Ibu & Pa'e. Show all posts

7.5.15

Ibu, telan abang Pa'e kah? :)

AssaLamualaikum
Soalan-soalan dibawah adalah lebih kurang soalan abang Pae. Memang tergelak dibuatnya. Dia siap tanya " sebelum ibu lahirkan abang Pae, ibu telan abang pae kah??" hahaha.
Facebook
Agak-agak kalau korang jawab apa ya? haha! 
Naik fening aku nak menjawab soalan-soalan budak tumpis ni. 
Kena fikir jawapan yang boleh diterima akalnya. Sabar jak lah!
*Dah beberapa hari ni abang Pae transit di office, nenek balik ke Tawau. Tiada penjaga*
WasSalam^_^

25.2.14

Ayat Sentap My Tumpis..

AssaLamualaikum
Adui! terngiang-ngiang ayat my Tumpis pagi tadi. Sandiwara semasa lagi pagi-pagi. 
Kekadang kan ayat-ayat Pa'e ni buat aku sentap! Nak menitik air mata tau:
Pa'e : Ibu janganlah pegi kerja..
Ibu  : Ibu kena kerja sayang.. kena tolong babah
Pa'e : Biarlah babah yang kerja, Ibu jagalah abg Pa'e..
Ibu  : Tak boleh sayang.. nanti Sabtu & Ahad, Ibu jaga abg Pa'e ya..
Pa'e : Ibu tak sayang abg Pa'e ker?? (sambil nangis-nangis dah)
Ibu  : Sayangg.. sapa kata Ibu tak sayang abg Pa'e..
Pa'e : Habis kenapa Ibu tinggal abang Pa'e.. kenapa Ibu pegi kerja?
Ibu  : Uwaaaaa... ( tak terjawab)

Dilema sungguh bila berhadapan dengan ayat anak yang menyentap jiwa. Suatu hari nanti harap awak faham dengan situasi Ibu. Erm! berat hati nak pergi kerja hari-hari kalau macam ni. Betapa ber untungnya ibu-ibu yang dapat membesarkan anak-anak sendiri. Melihat setiap perkembangan anak setiap masa didepan mata. Mungkin ini semua ujian. Ujian dalam menuju hidup yang lebih stabil. Kena lah redha kan?
WasSaLam^_^

22.1.14

Dialog Ibu & Pae part 13

AssaLamualaikum
Dah lama tak update tentang dialog-dialog my budak tumpis yang banyak cakap ni. Selalu juga terngiang-ngiang percakapan nya yang mencuit hati. Sekarang ni bila babah kerja, dialah menjadi teman berbicara. Maklum tak reti diam. Pot pet pot pet. Haha!

Ibu : Nanti kalau Ibu & babah tua, abg Pa'e kena jaga ibu tau.
Pae : Tak boleh, Ibu tak boleh tua.
Ibu : haha! nanti Ibu mesti tua sayang oii.
Pae : kalau macam tu, Ibu jangan takut abg Pa'e ada. Nanti abg Pa'e jaga ibu ya.
Ibu : ya lah! janji tau. Hehe.

Erm! kalau bercakap macam orang besar. Terkedu juga kekadang. Haha!
Nah! seketul gambar! sama tak senyuman Ibu & anak ni? haha!
WasSaLam^_^

7.1.14

"Kalau 1 nanti takde Kawan nya"

AssaLamualaikum
Hah! korang teka ayat siapa tu " kalau beli 1 nanti takde kawannya". Haha! itu adalah ayat budak tumpis yang terbaru ya! Al-kisahnya sekarang ni bila dia minta beli mainan tak boleh satu ya. Mesti nak dua. pening ibu. Sebab dia akan cakap " mana boleh beli 1 jer! nanti dia takde kawan". Adoi! siap nangis-nangis tau. Makin manja sekarang. Yelah! konon-kononnya kalau beli 1, mainan nya tu nak main dengan siapa. Haha! lucu pun ada! yang tak tahan dah pandai merajuk panjang. Lama nangis nya tu.
Minta beli patung plastik Ultraman ni. Bila kita nak beli, dia kata belikan sekali patung Spiderman tu. Sebab nanti patung Ultraman nak main dengan sapa? haha. Mula tu aku tak nak belikan, pastu siap buat gaya menangis bagai nak rak. Last2 nenek dia yang belikan. 1= RM 8. Huhu!
Yang ni pic semalam. Dalam perjalanan balik ke LD, siap minta belikan mainan bila kami singgah di pasar. Babah dia dah belikan 2 set mainan tau. Boleh plak dia request nak banyak. Adui! Babah tak layan terus naik kereta. Makanya sepanjang jalan nangis. Siap tertidur dengan sedu-sedan. Erm! makin obses dengan mainan.

Bukan tak nak belikan tau. Tapi mainan dah banyak sangat. Pa'e akan main sekejap jak pastu esok lusa mainan ntah ke mana. Haha! tu yang malas nak belikan sangat. Lagi satu tak nak manjakan sangat, sebab nanti dia ingat semua yang dia minta akan dapat ( babah memang tegas sikit, kalau aku ni pandai juga cair bila dah start nangis tu). Kang tak pasal-pasal aku ikut sekali menangis. Haha!
WasSaLam^_^

4.12.13

:: "Ibu tak Payahlah Minta Maaf Dah"...

AssaLamualaikum
Korang rasa siapa yang bercakap ayat kat atas tu?? uiks! itu perkataan baru si tumpis semalam! Terkejut Ibu tau. Boleh plak cakap macam tu. Haha! Al-kisahnya, dia merajuk lagi sebab aku tukar channel TV. Ye lah! asyik menghadap kartun je, ibu pun mau juga tengok rancangan kesukaan Ibu. Haha! lepas tukar channel tu, boleh plak dia merajuk sambil tutup-tutup muka pastu siap cakap "lepas ni, Ibu tak payah lah minta maaf lagi" hahaha. Masa ni baba pun ada, maka kami saling berpandangan bila dia kata macam tu. Kihkih! Sadis ayat anak aku! 
Gambar tengah merajuk sebenarnya! haha. Beginilah kejadiannya. Memang manja kan? :)
Mungkin sebab selama ini, bila aku tegur dia lepas tu aku akan minta maaf balik. Dah biasa dengan situasi itu. Mesti dalam hati Pa'e, Ibu ni dah minta maaf pun, pastu buat lagi (tegur dia) kan? haha. Sorry sayang! Bukan marah sungguh pun, tapi marah-marah sayang:)
WasSALam^_^

18.11.13

:: Dialog Ibu & Pa'e Part 12...

AssaLamualaikum
Nak cerita : si tumpis Ibu dah pandai merajuk. Erm! Pantang di tegur, lari cari bantal dan tutup muka. Semalam tengah santai-santai tengok TV, Ibu tegur lah dia sebab dok lari-lari depan Ibu. Aktif sangat. Macam tak pandai penat. Hihi.

Ibu : "abg Pa'e duduk lah bah diam-diam, pening ibu ni..nak tengok TV! (nada memang sedikit tinggi ya!)
Si anak terus lari, ambil bantal busuknya. Tutup muka dan menangis.
Pa'e : " Ibu dah tak sayang Abg Pa'e ye... sampai hati Ibu"...

Adoi! adakah cakap macam tu? terkesima sekejap. Tak terfikir pun. Haha! (entah dari mana lah dia dengar cakap macam tu kan? huhu! 
Kekadang perkataan anak-anak ni tak dijangka? Apapun Ibu bersyukur sebab anak Ibu ni dah boleh bercakap dengan lancar. Sedikit pelat tu memang ada, tapi tak ketara. Bila balik dari kerja banyak lah yang akan diceritakan nya. Pot..pet..pot..pet! :)
WasSALam^_^

28.10.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 11...

AssaLamualaikum
Umur my bujang Pa'e dah menjangkau 3 tahun 8 bulan. Bercakap masih ada yang pelat, tapi dah boleh faham semua butir2 percakapannya. Since dah pandai tengok cerita Ultraman & Power Ranggers sampai Ibu ni pun dah hafal semua nama2 super hero tu.

Pa'e : Ibu, nanti abg Pa'e besar, abg Pa'e belikan ibu laptop baru ya..
Ibu   : Ya lah..abg Pa'e ada duit kah??
Pa'e : Abg Pa'e kan ada duit kat dalam Maybank (tak pelat tau sebut Maybank tu)
Ibu  : Lepas tu abg Pa'e nak buat apa lagi?
Pa'e : Pastu kan, abg Pa'e letak kan game dalam laptop ibu.. Ibu tengok err..
Ibu  : Ya lah!.. haha...
Dok layan Power Ranggers. Bahasa Jepun pun jadi lah:)
adoi! ada jak anak bujang ni. Dia ingat Ibu ni macam dia juga, nak tengok Ultraman, Power Ranggers bagai. Tak kuasa Ibu nak! Haha.. Sabor jak lah!
WasSaLam^_^

3.9.13

"Ibu.. Abg Pa'e mo makan Pizza"...

AssaLamualaikum
Abg Pa'e dah pandai request bila nak makan sesuatu. Last week memang dua tiga kali juga dia sebut " Ibu, abg Pa'e nak makan pizza". Tengok iklan kat TV lah tu. Yang ibu ni selalu penat memanjang bila balik kerja. Tak laratnya nak keluar. Dua tiga hari jugalah baru tertunai hajat budak tumpis tu. Kesian plak. Tak sampai hati tak bawa. Pergi lah pizza bertiga dengan Babah. 
menu Ibu & babah. Pizza seketul tak sempat snap.
Bila dah dapat pizza makan nya 1 slide je. Lebihnya bawa balik juga. 
Esoknya tu dia sambung makan.
Tak sampai hati bila tak tunaikan hajat anak. 
Sayu rasa bila anak minta sesuatu. 
InsyaAllah akan cuba tunaikan, asalkan jangan minta yang pelik-pelik ya nak! :)
WasSaLam^_^

13.7.13

::Dialog Ibu dan Pa'e part 10...

AssaLamualaikum
Sebelum Ramadhan menjelang memang biasakan diri dengan berpuasa. Jadinya budak tumpis tu dah biasa dengan perkataan 'puasa'. Bila aku kata Ibu puasa, tak boleh makan dia pun dah set dimindanya. Pagi semalam sebelum pergi kerja kami berbual-bual.

Ibu : hari ni Puasa, Ibu tak boleh makan & minum
Pa'e : Abg Pa'e pun puasa..
Ibu   : Kalau puasa, abg Pa'e tak boleh minum susu tau..boleh ker?
Pa'e  : Mestilahhh... (suka sangat dia sebut ayat 'mestilah'...)
Ibu   : Haha..

Balik kerja semalam tengok dia tengah makan daging burger+mayonis. Siap ada susu kat tepi. Aku tanya dia..Pa'e tak puasa erk?? Pa'e jawab, puasalah Ibu...haha!
InsyaAllah perlahan-lahan akan aku terangkan tentang puasa. Buat masa ini masih terlalu kecil:)
WasSaLam^_^

30.5.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 9::

AssaLamualaikum
Cerita si budak tumpis dah makin bertambah dari hari ke hari. Ada sahaja yang ditanyakan, ada sahaja yang nak diceritakan. Alhamdulillah, makin ceria hidup keluarga kecil ku. Semalam balik kerja, masuk dapur nak goreng cekodok pisang. Perbualan kami:

Pa'e : Ibu masak ape? (bahasanya dah campur2 pelat Semenanjung+Sabah)
Ibu   : Goreng cekodok pisang.. jangan dekat-dekat Ibu, nanti kena minyak.
Pa'e : Abg Pa'e nak tengok Ibu macak (masak)
Ibu   : Abg Pa'e nak tolong ibu masak kah?
Pa'e: Abg Pa'e kan kecil lagi Ibu.. nanti abg Pa'e besar, baru abg Pa'e tolong ibu macak ya...
Ibu   : Haha.. ya lah sayang..

Ada je kan budak-budak ni. Bercakap dah macam orang dewasa. Macam dia dah faham semua. Macam Pa'e ni kekadang sampai tak terlayan nak bercakap. Bila dah tak boleh jawab, aku diam sahaja. Lama-lama dia pun senyap. Haha..

*Sabah Public Holiday hari ni & esok. So, weekend kami 4hari..cuti-cuti dirumah..:)
WasSALam^_^

22.4.13

:: Dialog Ibu & Pa'e part 8 ::

AssaLamulaikum
Muhammad Irshad a.k.a Pa'e makin banyak cakap sekarang. Makin faham dengan setiap perkatan. Makin aktif pun ia, sampai selalu tak terlayan. Bila tak terlayan pandai lah pula merajuk. Haha..
Masa tengah santai-santai tengok TV (selalu nya berdua sahaja dengan Pa'e), dia ternampak lutut aku yang luka/calar sebab terhantuk dinding :

Pa'e : Kenapa lutut Ibu ni? (sambil belek-belek tengok)
Ibu   : Luka, kena dinding tadi..
Pa'e : Nanti Ibu masuk hospital, siapa mau jaga abg Pa'e? (Sedih dah, siap nangis..haha)
Ibu  : Tidak lah, mana ada Ibu mo masuk hospital. Kalau Ibu masuk hospital pun, Pa'e tinggal lah sama   Babah.
Pa'e : Abg Pa'e ndak mau tinggal sama babah, mau tinggal sama Ibu.
(satu hal pula dah, kena pujuk sampai diam..uwaaa)

Pa'e dah faham situasi yang selalu berlaku di rumah kami. Babah cakap 'dah cerdik'. 
Dia lah penghibur & penawar dikala duka.
WasSaLam^_^

1.4.13

::Dialog Ibu & Pa'e Part 7::

AssaLamualaikum
Sejak my little tumpis ni faham bahasa dan tahu bercakap, kami selalu beritahu dia yang aku adalah Ibu yang mengandungkan dia selama 9 bulan. Selama 9 bulan juga dia tinggal dalam perut aku. Jadi kemungkinan ayat tersebut dah tersemat dalam fikiran Pa'e. Kekadang bila tengah tengok TV atau pun rehat-rehat, Pa'e datang kepada aku :

Pa'e : Ibu, dulu abg Pa'e tinggal dalam puyut (perut) Ibu kah? (sambil pegang-pegang perut aku)
Ibu   : Iya.. abg Pa'e tinggal dalam perut Ibu..
Pa'e  : Abg Pa'e selalu tendang-tendang puyut (perut) Ibu kah?...
Ibu    : Iya.. selalu... hehe..
Picture ulang tayang:)
Kami sebenarnya selalu beritahu Pa'e bahawa dia tak boleh jahat-jahat atau melawan cakap Ibu & babah. Sebab yang selalu aku bagitahu kat dia:
* Ibu mengandungkan dia selama 9bulan.
* Babah penat cari duit nak beli susu, baju & mainan dia.
* Nanti Tuhan marah sebab lawan cakap Ibu& babah.
Alhamdulillah, dia seakan faham (walaupun hanya budak yang berumur 3tahun).
Amat besar harapan kami semoga Pa'e membesar jadi anak yang soleh dan berbakti  pada bangsa, agama & negara (ayat skema). Amin! :)
WasSaLam^_^

18.3.13

:: Dialog Ibu & Pa'e Part 6::

AssaLamualaikum
Dah lama hubby & Pa'e tak hantar Ibu pergi kerja. Waktu kerja dah tak sama, jadinya Ibu pergi kerja naik kereta sewa jak lah. Baru-baru ni Babah cuti, dapat lah hantar Ibu. Abg Pa'e pun sibuk nak ikut. Pagi-pagi buta dah bangun, basuh muka semua terus masuk kereta. Takut kena tinggal. Hehe. Kebetulan jalan dari rumah ke tempat kerja ada PGA & Polis buat pemeriksaan (semenjak ada isu pencerobohan Lahad Datu ) Perbualan kami dalam kereta:

Babah : Anak Babah besar nanti nak jadi apa?
Pa'e    : Abg Pa'e kan mo jadi askal (askar)!
Babah : Mau tembak orang jahat kah?
Pa'e    : Butan (bukan), abg Pa'e mau tembak raksasa..
Ibu & Babah : Haha..
Nak jadi askar tapi untuk tembak raksasa. Haha! adakah patut! Bila Pa'e cakap macam tu, kami explain dengan dia yang raksasa tak wujud lagi di muka bumi. Harap-harap dia faham lah. Pengaruh kartun Ultraman lah ni. Apa tidak nya kalau dah tiap masa tengok Ultraman memanjang. Pening Ibu, nak tengok cerita lain pun dah tak boleh. Siap bergaduh lagi. Pening juga nak explain yang cerita Ultraman tu bukan setiap masa ada di channel 611 (memang tak langgan pakej kartun dan mungkin tak akan langgan. hehe)!  
WasSaLam^_^

12.3.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 5::

AssaLamualaikum.
Lagi perbualan sang Ibu dan c tumpis Pa'e.
Sedang sibuk pusing-pusing naik basikal dia..Pa'e datang kepada Ibu..

Pa'e : Ibu..Abg Pa'e sayang Ibu..
Ibu   : Betul kah sayang Ibu??
Pa'e : Betulll...
Ibu   : Babah, awak sayang tak??
Pa'e : Ndak payah lah sayang Babah.. Babah busyuk...
Ibu   : Haha...
(terus datang bagi kiss kat Ibu :)
Muka pun sama:)
Pa'e dan Babah amat rapat. Mungkin sebab Babah pernah jaga dia sepenuh masa (waktu babah belum kerja). Sampai kan aku rasa sedikit cemburu sebab sikit-sikit cari Babah bukan Ibu. Tapi bila dia dah makin besar, Pa'e dah mula rapat dengan aku. Bila nak tidur mesti cakap " Ibu dodoi lah abg Pa'e".. kalau tak pun mesti dia cakap "Ibu peluk lah abg Pa'e" :)
WasSaLam^_^

11.3.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 4::

AssaLamualaikum.
Ceritera c tumpis Pa'e sekali lagi. Semalam tengah tengok TV dengan Pa'e... Maklum ceritera Lahad Datu kan tengah 'hot' sekarang. Selalu lah juga gambar-gambar perwira kita dipaparkan tak kira lah polis atau pun tentera. Perbualan kami :

Pa'e : Ibu, nanti besar abg Pa'e mo jadi askal (askar)..
Ibu   : Betul kah mo jadi askar?
Pa'e : Betul.. Abg Pa'e mo tembak orang jahat..
Ibu  : Siapa orang jahat?
Pa'e : Mundu... Abu Sayaf..
(lari ambil senapang mainan dia dan buat bunyi.. peng..peng..peng! seolah menembak)
Ibu   : Haha.. mana-mana lah nak :)

Tak tahu dari mana dia dengar perkataan "Mundu" (lanun) tu.. Abu Sayaf tu pun!.. Bila fikir-fikir mesti Babah  dia ni.. maklum darah bekas tentera mengalir dalam darah Pa'e.. Pak Lang sebelah Babah dia pun sama, tentera juga (Sarjan). Erm! tak hairan lah kalau budak tumpis ni pun berkobar-kobar nak jadi Tentera (budak kecik kan, selalu berubah cita-cita.haha). Babah selalu juga tanya Ibu, kalau Pa'e nak jadi tentera aku bagi ke tak? erm! selalu nya jawapan aku.. "Boleh je ling". Janji dia kena belajar tinggi dulu baru masuk tentera. Tapi bila Babah dia cakap kalau masuk Skuad Komando macam mana? aku fikir banyak kali juga baru jawab. Bukan apa, seperti tak sanggup pula bila mengenangkan cara latihan mereka. Ya Allah! tapi aku tau mereka dilatih begitu agar mereka KUAT MENTAL dan FIZIKAL bila berhadapan dengan musuh. Betul tak?
Tengok tu! rambut pun dah gaya askar.. Babah punya kerja:)
* Sangat BANGGA dengan perwira-perwira kita yang berjuang menggadai nyawa demi tanah air tercinta. DOA ku moga mereka sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin! 
WasSaLam^_^

27.2.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 3::

AsSaLamualaikum.
Lagi dialog dari bujang ku yang sorang itu. Kadang-kadang apa yang diucapkan nya membuat aku terkedu dan berfikir sejenak. Anak yang ku didik dengan penuh rasa kasih (tetapi kekadang bertukar juga jadi ibu singa..haha).

Pa'e : Ibu, Pa'e nak kencing (dengan  gaya kelam kabut:)
Ibu   : Cepat-cepat jom ke tandas!
Sambil duduk dan kencing..
Pa'e  : Ibu, kalau kencing duduk di sayang Tuhan...
        Kalau kencing berdiri nanti dimarah Tuhan, tan (kan)?..
Ibu    : Ya.. Pandai anak Ibu...
(Ibu tolong jirus kan kencing Pa'e...)
Pa'e  : Timah kacih Ibu.....
Ibu sangat-sangat terharu. Alhamdulillah! Pa'e ingat apa yang aku selalu ajar kat dia. Mudah-mudahan berkekalan hingga dewasa ya sayang.
C Tumpis Pa'e baru 3 tahun :)
*Tiada niat nak memuji anak sendiri, tapi ia nya membuat aku terharu dengan tindakan dan ucapan nya yang tidak ku jangka.
WasSaLam^_^

23.2.13

::Dialog Ibu & Pa'e part 2::

AssaLamulaikum.
Budak-budak sebaya Pa'e ni kalau dah bercakap susah nak berhenti kan?.. begitu lah yang terjadi pada anak bujang ku yang sorang ni. Sampai dapat gelaran TUMPIS (banyak cakap) oleh orang-orang yang mendengar bila dia bercakap. Haha. Nak buat macam mana, menurun dari Babah atau Ibu dia kot. Terlebih peramah. Haha. Teringat dialog kami petang semalam :
Pa'e : Ibu, Babah tu kan hitam..
Ibu   : Haha.. betul kah Babah hitam?
Pa'e  : Ya lah, Babah hitam, Ibu putih...
Ibu   : Jadi, abg Pa'e hitam kah putih?
Pa'e  : Abg Pa'e putih lah Ibu.
c Budak Tumpis:)
Aku tergelak sorang-sorang dengar Pa'e cakap macam tu. Ada saja bahan dia nak bercakap. Tak dapat dinafikan, semenjak dia pandai bercakap ni memang hidup tak sunyi. Penghibur hati dan selalu buat kami tersenyum dan tertawa. Happy weekend semua :)
WasSaLam^_^

18.11.12

:: Jalan2 Sandakan Part II ::


AssaLamuaLaikumJ
Happy weekend semua..
Nak sambung story-mory tentang  jalan-jalan ke Sandakan hari tu…
 Jangan jemu ya!.. 
part II dan yang terakhir…hehe…
Second day aku dan Pa’e di Sandakan tu, tak dapat nak jalan-jalan sebab family kawan aku tu (Cikgu Risa) ada datang ke rumah dia dari Lahad Datu coz ada family dorang yang buat kenduri khawin hari tu.. So, kawan aku tu sibuk sikit dan tak dapat bawa kami jalan2…tak apa coz lain kali pun boleh datang lagi kan.. petang tu sempat pegi Butik Busana Alyah.. tempat tu dekat je dengan rumah member tu (Batu 4 Bandar Kim Fung).. menyelinap sekejap keluar rumah.. Dapat lah beli 2 helai tudung dengan harga diskaun coz member tu kenal dengan owner butik..untung kan??..
(takde picture tudung baru coz dah guna J)…..
Hari ke-3 di Sandakan baru dapat jalan-jalan cari pasal…eh! Cari makan..hehe.. 
itupun sebenarnya plan asal nak pegi Taman Buaya & Rumah Agnes.. tapi dah tak sempat sebab kesuntukan masa lah plak.. so, kami decide pegi Bandar Sandakan sahaja.. 
Harbour Mall Galleria, Ground Floor, Lot 54-55,
Sandakan Harbour Square, 

90000 Sabah, Malaysia. 
Ni hah..nak panggil apa?? hehe..
Pa'e suka sgt tgk ni :)
Enterprem:)
tengok Pa'e tu..meragam!
Ikut ibu shopping kain+tudung+ kasut :)
susah nya mo snap picture budak tumpis ni :)

Ice cream_Restoran Tom Yam
Gambar Tom Yang yg kami order tak sempat snap dah masuk mulut :)
Destinasi kami ke Harbour Mall… shopping complex ni sebenar nya baru  juga siap.. tak silap dlm tahun ni juga buka.. Tingkat atas Hotel Sheraton & tingkat bawah kompleks membeli- belah… Cuma lot-lot kedai masih ada yang kosong.. so, kurang pilihan nak membeli … selamat duit aku! …hahaJ. Apa yang menarik nya dihadapan Harbour Mall ni ada air.. alah nak panggil air apa ya?? Kering idea nak ingat nama..ahaha…korang tengok gambar lah ya…Pa’e suka sangat tengok air tu sampai merengek2 tak mau balik.. siap suruh beli lagi air  mcm tu dengan dialog dia yg selamba..
”  nanti Ibu beli kan air macam tu ya”..mana ada jual tu nak oii.. haha:)
Habis ronda-ronda Harbour Mall, kami lunch di Restoran Tomyam.. bersebelahan bangunan shj.. menurut kawan aku restoran ni pun baru buka.. menyediakan makanan ala Semenanjung .. terutama menu Tomyam… mcm2 jenis Tom Yam yg ada… tinggal pilih sahajaJ. Harga?? Boleh tahan lah…
Hari ke-4, subuh-subuh lagi kami dah bertolak balik ke Lahad Datu:)
APa pun sesekali jalan-jalan ni best juga.. menghilangkan stress kerja sekaligus membuka minda bila melihat tempat orang…. Bak kata pepatah 
“ Jauh berjalan Luas pandangan”…  betul kah pepatah aku ni?? HeheJ.
 WasSaLam  ^_^

24.10.12

:: Sayang Dua-Dua ::

AssALamuaLaikum...
Setiap hari Vocabulary my little Pa'e semakin variasi..
Ada sahaja perkataan baru yang dia pelajari... kadang2 tak tau dia dengar daripada mana perkataan tu..
Budak2 memang cepat tangkap dan faham apa yang orang dewasa buat & bual kan...

Dialog terbaru Pa'e:
Selalunya kalau aku atau baba dia tanya " Pa'e sayang siapa??"
Pa'e akan jawap "Pa'e sayang Ibu atau sayang baba" sahaja...
Tapi sekarang bila kita tanya macam tu, Pa'e akan jawap "Pa'e sayang dua-dua".... hehe...
Siap nyanyi2 lagi;
**satu-satu Pa'e sayang Ibu..................
** Dua-dua Pa'e sayang Baba......................
Hairan juga, dari mana dia belajar semua tu... Dah pandai anak ibu....tabung duit pun dah pandai (eh! tetiba..lari topik jap :)
tabung lagi besar dari dia..hehe...
Dah besar tapi bantal busyuk tak boleh tinggal..
nak basuh pun nangis..:)
One more thing, sekarang ni Pa'e suka sangat bahasa kan dirinya dengan panggilan "abg Pa'e"..
tak mau panggil Pa'e je.... siap tunjuk kt dada dan cakap "ini abg Pa'e bah ibu" (teringin sgt nak adik kot)...hehe... sabar lah nak!.... :)


WassALaM ^_^                                     Pa'edahtidonyenyak:)

27.9.12

Dialog Ibu & Pa'e Part I ^_^

AssALaM....

Sudah beberapa hari tak update entry kan...hehe...
Bukan apa, selalu penat bila balik kerja... letih & lesu....huhu... bila balik rumah, baru mau masak... kemas rumah..... huh! mmg betul2 mencabar....hehe...(padahal wanita lain pun sama jg macam aku kan!) hihi....... bekerja jg :)
Mo cerita pasAL c budak tumpis ni..... 2 tiga hari ni asyik bercAkap benda yg sama jak....  buat aku tertawa & senyum sllu..... hilang bosan bila layan dia berCakap....ada jak yg di bual kan.......

tgk tu...suka sgt buat gaya begitu...kasi besar mata kunun...:)

Dialog lucu (dgn nada pelat nya) :) ;

Pa'e : "Ibu, nti Pa' boccal (besar) Pa'e belikan ibu kepci (KFC) ya....:)
Ibu  : "Pa'e ada duit kah nak"? hehe.....
Pa'e : "Nti Pa'e boccal Pa'e gaji, Pa'e belikan lah ibu ama baba kepci, toya (soya)...
Ibu   : Iya lah....ibu tunggu Pa'e besar ya....hehe...

** semalam Pa'e ckp plak ; "Nti Pa'e gaji, Pa'e belikan ibu beg ya"...........................

(Baba yg dengar terus pandang Ibu)....:)

Ya Allah.....anakku....! :)
(Dlm hati; kdg tertanya2.... Pa'e paham kah apa yg dia Ucap kan tu ya??....ndukkk....anak Ku bah, kdg2 bila dengar dia berCkp...terkedu juga....terharu pun ada!.....huhu)................mcm org dewasa bah berckp...

senyuM.....
Alhamdulillah.... TQ Allah atas kurniaan-MU ini..... penghibur hati ibu & baba....

WassalaM ^_^