Showing posts with label Cerita Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Cerita Anniversary. Show all posts

27.8.19

Wordless Wednesday 69 # Throwback 05.04.18

Assalamualaikum.
Cakkk :)
Less word : Throwback our 10 years anniversary @ Atlantic City Hotel, Bandung.
Mencipta memori bersama suami @ En Kuling ke Jakarta dan Bandung. Lain-lain cerita nanti menyusul ya, kalau ada kerajinan.
*(Pssst : ini last year  punya anniversary. Tahun ni menyepi. Duk diam di rumah. Haha)
Jumpa lagi.

15.10.15

#Throw back! Cuti 7 Anniversary- Seafest Hotel Semporna

AssaLamualaikum
Entry lama terperam. Haha! pada 05042015 lepas genaplah usia perkhawinan kami yang ke-7 tahun. Alhamdulillah pelbagai dugaan, pahit, manis yang datang dalam masa tujuh tahun ini. Kalau tahun lepas kami ke Felda Sahabat Resort untuk meraikan, kali ini kami memilih Semporna untuk cuti pendek 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun dekat janji dapat spend time together kan? Aku book hotel di agoda.com awal-awal sebab takut penuh. Pilihan kami Hotel Seafest, Semporna. Sebab utama kami pilih sebab ada kolam renang disitu. Abang Pa'e always request nak mandi kolam. Ikutlah permintaannya tu. Sesekali kan. Hehe!
Ringkasan gambar di Seafest Hotel, Semporna. 
Harga dalam RM120++. 
Breakfast semua puas hati.
View dari balkoni Seafest Hotel. Laut, bot nelayan dan perkampungan penduduk
Sesi mandi kolam bersama En Kuling. Aku jadi pemerhati sahaja. 
Tak sanggup nak jadi dugong. Puas lah si abang Pa'e tu mandi-manda. Haha!
Foto dalam perjalanan ke Semporna. 
Ambil masa lebih kurang 2 jam juga perjalanan dari Lahad Datu. 
Bertolak awal pagi. Gambar blurr entah kenapa. Hihi
Ada budak dalam selimut. Kes tak mau mandi sebab sejuk sangat. 
Ada air panas pun liat mandi sebab budak ni bermalas-malasan. Haha!

Walaupun entry tersangat lambat dipublish, harapan ianya menjadi kenangan buat kami. Moga perjalanan rumahtangga akan sentiasa dalam lindungan Allah dan penuh keberkatan. Amin. Amin!
WasSaLam^_^

11.4.14

From Mama Cake House-Our Cake 6 Anniversary

AssaLamualaikum
Dalam pada tak plan apa-apa untuk anniversary ke-6 kami, sempat juga lah tempah kek kecil (1/2kg) jak dengan member opis. Memang dah ketagih dengan kek-kek di Mama Cake House. Sedap-sedap belaka. Yang beli pun selalunya pasti repeat order. Tahniah my friend Mell sebab dah buka kedai untuk mempromosikan kek-kek buatan beliau. And this is our six Anniversary cake (konon-konon lah) :


Nyum-nyum! Memang sedap!kami makan bertiga. Sedekah separuh dengan staff-staff di kaunter resort. Berbagi rezeki sempena hari bahagia kami walaupun hanya sedikit kek. Depa pun puji sedap! Pa'e macam biasalah, bila dapat kek tanya mana lilin dia nak tiup. Hehe!
WasSaLam^_^

Ceritera 6 Anniversary Kami

AssaLamualaikum
05/04/2014- Genap 6 tahun usia perkhawinan kami. Ya Allah! terima kasih kerana mengurniakan seorang insan yang amat sabar dengan karenah ku. Yang menerima segala kekurangan ku. Uwaaa. Mood touching lah plak! korang jangan gelak. Haha!
Saja post kat Facebook. Bila en Kuling baca, senyum-senyum dia. Terasa macam bercinta lah plak! Haha! sesekali berjiwang kan. Kami tak plan apapun sebenarnya. Cuma ada cakap-cakap dengan Kuling, best juga kalau dapat bawa budak tumpis mandi kolam. Sesekali bah! 
Jadinya timbul idea nak ke Felda Sahabat Resort. 
Tengok tiket di Agoda.com terus booking untuk 05/04/14 tu. 
Dapatlah harga bilik RM126 termasuk breakfeast
Nah! sekeping gambo Pengantin Lama.Kihkih!

Ada lagi cerita anniversary, tunguuuu! :)
WasSALam^_^

5.4.13

:: HappY Anniversary 5 ::

AssaLamualaikum
Hari ini mood jiwang-jiwang sikit. Mengimbas kenangan 5 tahun yang lalu. Pagi-pagi dah dapat wish dari Kuling ku En Yusof. "Happy Anniversary yang ke 5 Ling".
Terima kasih bang sebab sudi terima segala kekurangan isteri mu selama ini. Terima kasih juga sebab sudi menjadi suami yang baik dan bertanggung jawab (walaupun kekadang isteri mu ini sesekali bertukar menjadi singa. Haha!). Terima kasih kerana menjadi babah yang baik pada anak kita Pa'e. Moga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah. Amin! I Love you.
WasSaLam^_^