Tuesday 28 October 2014

Resepi Mealshakes yang patut anda cuba!

with 0 Comment
Mealshakes adalah pilihan makanan segera yang baik untuk kanak-kanak dengan pilihan yang rendah lemak dan rendah glisemik. Memang banyak kebaikan Mealshakes ni, untuk mengetahui tentang kebaikan Mealshakes boleh klik SINI.

Ok, hari ni kita nak tengok antara resepi yang anda patut cuba selain daripada mencampurkan dengan air sahaja. Walaupun rasa Mealshakes ini memang sedap walaupun anda hanya mencampurkan 1 atau 2 sudu besar Mealshakes dengan 230ml atau secawan air sejuk dan diletakkan ais batu.

Resepi kita adalah

Aiskrim Yogurt Coklat Mealshakes

Bahan-bahan:
4 cawan                        Yogurt Natural
3 camca besar              serbuk koko tanpa pemanis
2 camca besar              Madu
3 camca besar              Mealshakes
3 camca besar              kepingan badam yang telah dipanggang (pilihan)
3 camca besar              coklat gelap yang telah dicairkan (pilihan)

Cara penyediaan:
1. Kisar serbuk koko, Mealshakes, madu dan yogurt didalam blender.
    Tuang ke dalam bekas dan bekukan selama 4 jam.
2. Sebaik sahaja yogurt mengeras, pecahkan ia dengan sudu dan kisar sehingga halus.
    Masukkan kembali kedalam peti sejuk (bahagian sejuk beku) dan bekukannya semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam.
3. Keluarkan yogurt beku daripada peti sejuk dan biarkan ia di suhu  bilik pada kira-kira 10-15 minit. Cedokkan yogurt beku ke dalam mangkuk aiskrim atau gelas kecil,
4. Tuangkan coklat gelap dan taburkan kepingan badam sebagai topping ... ataupun bleh jer letak coklat rice. ;)

atau pun Resepi kedua adalah

Icecream Oreo Mealshakes

Bahan-bahan:
21/2 cawan              Dutchlady Full Cream Milk perisa pilihan
2-3   camca besar    Mealshakes
    1  packet kecil      Oreo

Cara penyediaan:
1. Masukkam susu coklat dan Mealshakes ke dalam blender dan kisar selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan  2-3 keping biskut oreo ( dgn creamnya sekali) dan kisar lagi sehingga sebati. 

3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, keluarkan dan kisarkan sekali lagi. patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan taburkan sedikit untuk topping.

atau pun Resepi ketiga adalah

Coconut Mealshakes Ice blended

Bahan-bahan:
1 cawan              air kelapa muda
3 keping              isi kelapa muda
2 sudu besar       air gula
3 sudu besar       Mealshakes
2 scoop               aiskrim vanila
5-6 ketul             ketul ais (ice cube)
strawberry topping

Cara penyediaan:
1. Kisarkan kesemua bahan kecuali strawberry topping sehingga halus dan sebati.
2. Kemudian tuangkan kedalam gelas dan letakkan 1 scoop aiskrim vanilla dan strawberry topping.
3. Sedia untuk di nikmati!

atau pun anda juga boleh mencuba resepi-resepi di bawah ini

Mealshakes + Esp
Mealshakes + Performance Drink
Mealshakes + Milo
Mealshakes + jus pilihan anda

Tips: Untuk dapatkan rasa yang enak tambahkan ketulan ais dalam minuman anda!

Selamat mencuba!


kalau ada Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com




0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Blog Archive