You are on page 1of 86

Openoffice.

org 3
Writer & Calc

Belajar Secara
Praktikal
Khas untuk mereka yang telah pun mahir
menggunakan MS Word Dan MS Excel

• Surat Rasmi Dan Sampul Surat


• Borang Penghantaran Faks
• Jadual Dan Borang
• Laporan / Kertas Kerja
• Asas Calc [ Spreadsheet ]

Modul ini dibangunkan oleh : http://hardyw3b.wordpress.com


Isi Kandungan
Install Openoffice.org 3.0 untuk pengguna Windows...................................1
Konfigurasi...................................................................................................7
Surat Rasmi Dan Sampul Surat..................................................................11
Penghantaran Faks ....................................................................................41
Jadual Dan Borang.....................................................................................47
Laporan / Kertas Kerja................................................................................58
Asas Calc....................................................................................................66
Tambah hari dalam Spreadsheet.............................................................66
Paste Special ..........................................................................................67
Page Break View......................................................................................67
Freeze......................................................................................................68
Formula .....................................................................................................69
Memasukkan Data Dan Kira Jumlah...........................................................70
Bina Graf....................................................................................................71
Nama Cell...................................................................................................74
Nota Tambahan..........................................................................................77
Navigasi...................................................................................................77
PDF...........................................................................................................77
New Window............................................................................................77
Kata Aluan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Bismillahirahmanirahim. Selawat serta Salam ke atas Junjungan Nabi
Muhammad saw, keluarga dan para sahabat Baginda.

Telah banyak buku-buku asas pengenalan Openoffice.org yang berada di


pasaran mahupun di Internet yang boleh didapati secara percuma. Saya
melihat perkara ini sebagai suatu yang biasa.

Jadi saya mengambil langkah proaktif untuk menerbitkan sebuah buku


Praktikal Openoffice.org untuk Writer dan Calc yang mungkin lain
daripada yang lain. Dalam satu-satu praktikal yang dipersembahkan,
ditunjukkan secara bergambar, ia menggabungkan elemen-elemen yang
biasa digunakan oleh pengguna MS Word, Start Office atau lain lain suit
perisian pejabat.

Ambil lah isi kandungan buku ini dan bawalah ilmu di dalamnya untuk
digunakan dalam kerja-kerja yang melibatkan perisian Openoffice.org.
Andaikata ilmu di dalam buku ini bermanfaat dan berguna, sedekahkan lah
Al Fatihah kepada Ibu bapa kita, guru-guru kita dan sebarkan lah ilmu ini
kepada sahabat handai yang lain.

Terima kasih.
Hardyweb Tech
nobat80 [at] gmail [dot] com
http://hardyw3b.wordpress.com

Lesen

This document is licensed under the Attribution-


NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia license,
available at http://creativecommons.org/licenses/by-nc-
sa/2.5/my/.
Matlamat
1. Bab1: Install

Proses download dan install Openoffice.org

2. Bab2: Konfigurasi

Sedikit konfigurasi bagi mempercepatkan proses load openoffice.org

3. Bab3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Matlamat dalam praktik yang disediakan adalah untuk membiasakan


pengguna dengan peralatan seperti Bold dan Underline, Bullets And
Numbering, Header, Page Style, Footer,Table, Page Number,
Envelope dan Mail Merge.

4. Bab4: Penghantaran Faks

Dalam bab ini, kita akan belajar cara untuk membuat borang
penghantaran faks, dan menyimpannya sebagai templat.

5. Bab5: Jadual Dan Borang

Belajar menggunakan Table untuk membuat jadual dan borang.

6. Bab 6 : Laporan dan kertas kerja.

Belajar menggunakan Tool Style And Formatting untuk membina


sebuah laporan atau kertas kerja.

7. Bab 7: Asas Calc

Belajar fungsi-fungsi istimewa yang ada dalam Openoffice.org Calc.

ii
OpenOffice.org Writer

Install Openoffice.org 3.0 untuk pengguna


Windows
1. Muat turun perisian OpenOffice.org 3.0 dari laman web atau dapatkan
perisian tersebut dari rakan-rakan.

2. Klik dua kali pada ikon Installer OpenOffice. Satu skrin akan
dipaparkan seperti di bawah. Klik butang Next.

3. Pilih lokasi fail yang akan di ekstrak

1
Bab1: Install

4. Klik Next untuk mula mengekstrak fail.

5. Seterusnya proses instalasi bermula, klik Next.

2
OpenOffice.org Writer

6. Tulis nama anda dan klik next

7. Paparan skrin selanjutnya bertanyakan sama ada anda mahu install


semua program ke dalam komputer atau memilih untuk install
program tertentu sahaja. Pilih Complete dan tekan Next.

3
Bab1: Install

8. Klik butang Install

9. Installer sedang menyalin data ke dalam komputer anda

4
OpenOffice.org Writer

10. Proses instalasi siap. Tekan Finish.

5
OpenOffice.org Writer

Konfigurasi
1. Dialog Selamat Datang, anda diminta untuk memasukkan data-data
seperti nama dan sebagainya.

2. Setelah selesai mengisi borang dalam dialog Welcome Screen, anda


dipaparkan dengan skrin pemula seperti di bawah.

7
Bab 2: Konfigurasi

3. Antara muka OpenOffice.org Writer

4. Sedikit konfigurasi asas yang biasa dibuat oleh penulis.

• Tools → Options → OpenOffice.org → Memory

kurangkan number of steps kepada 30, naikkan Graphics cache kepada


128MB, memory per Object sebanyak 20 MB.

8
OpenOffice.org Writer

• Load And Save

Konfigurasi ini bergantung kepada polisi jabatan atau syarikat anda, jika
anda seorang pengguna MS Office tegar, sebaiknya anda simpan dokumen
anda dalam bentuk doc, xlt dan ppt. Openoffice.org menyimpan fail dalam
bentuk odt, odp dan odf secara default.

Fail Word

Document Type → Text Document


Always save as → Microsoft Word 97/2000/XP

Fail Excel

Document Type → Spreadsheet


Always save as → Microsoft Exsel 97/2000/XP

Fail Powerpoint

Document Type → Presentation


Always save as → Microsoft Powerpoint 97/2000/XP

Sila abaikan konfigurasi ini, jika jabatan atau syarikat anda menggunakan
OpenDocumentFormat (odt,odp,ods).

9
Bab 2: Konfigurasi

Apa itu ODF ?

Ia adalah satu format yang diluluskan oleh ISO sebagai satu piawai
dokumen elektronik pejabat.

Kenapa ODF ?

ODF diwujudkan bagi membebaskan anda daripada dominasi format


dokumen yang dibekalkan oleh satu syarikat sahaja. Sebagai contoh, jika
anda menggunakan ODF seperti .odt untuk format surat rasmi, anda boleh
buka fail tersebut dengan perisian yang menyokong odt, seperti
OpenOffice.org, Abiword dan sebagainya. Dengan kata lain, anda tidak
perlu menjadi hamba kepada suatu syarikat sahaja dengan membeli
produk mereka.

10
OpenOffice.org Writer

Surat Rasmi Dan Sampul Surat

11
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Contoh Surat Rasmi ( Letter Head )

Enter 5-6 kali (kosongkan untuk ruangan Letter Head)

Slogan Syarikat / Jabatan Rujuk Kami:


Rujuk Tuan:
Tarikh :

Pengarah,
Jabatan sekian sekian,
Alamat sekian sekian,
Poskod sekian sekian,
Negeri Sekian.

( U/p : En Polan Bin Polan )

Tuan,

Tajuk Surat Rasmi Mestilah Ditulis Dengan Huruf Besar Pada


Permulaan Perkataan

Mukadimah ayat dalam perenggan pertama, Lorem ipsum dolor sit amet,
consectetur adipiscing elit. Praesent fermentum lectus quis mi suscipit
euismod. Vivamus placerat. Donec lorem diam, luctus non, tincidunt
fermentum, vehicula a, lorem .

2. Perenggan kedua, Cras convallis velit at nulla. Phasellus placerat


eleifend ipsum. Phasellus ut ipsum quis ante malesuada faucibus

3. Perenggan ketiga, Curabitur egestas viverra nunc. Morbi volutpat


elementum nulla. Nunc ac velit. Nullam eu dolor. Nam euismod aliquet lectus.
Nullam viverra nulla et felis.

Penutup,

Sekian, terima kasih,

Yang benar,

________________
(Nama pengirim )
Jawatan

s.k
Dato' K

Fail Timbul
hardyweb../

12
OpenOffice.org Writer

Praktik 1

1. Set Format kertas sebagai A4

Format → Page → Paper Format → A4 → Ok

2. Enter 5 hingga 6 kali ke bawah untuk ruangan Letter Head.

3. Buat jadual ( dua sel ).

13
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

4. Buang garisan pada Table.

Table → Select → Table

Klik pada bar peralatan, hilangkan garis sempadan seperti di dalam


gambar.

5. Tuliskan slogan Jabatan atau Syarikat di sebelah kanan dan di


sebelah kiri pula, tuliskan rujukan surat beserta dengan tarikh

6. Bawakan kursor ke luar dari ke kanvas utama. Enter sekali.

7. Tuliskan nama jawatan atau nama penerima serta alamat penerima.

8. Jika surat tersebut ditujukan kepada seseorang, tuliskan U/P ( untuk


perhatian ) di bawah alamat.

9. Enter dua kali ke bawah, tuliskan nama rasmi seperti Tuan atau Puan.

10. Enter dua baris ke bawah, tuliskan tajuk dengan huruf besar di
hadapan.

14
OpenOffice.org Writer

11. Klik tiga kali pada tajuk tersebut, dan klik B dan U untuk Bold dan
Underline.

12. Enter dua kali ke bawah untuk memulakan mukadimah perenggan


pertama, buang Bold dan Underline, Klik sekali pada butang B dan
butang U.

13. Tuliskan mukadimah dan tetapkan supaya perenggan tersebut


Justified.

14. Dalam surat rasmi, perenggan kedua dimulakan dengan nombor


dua diikuti dengan nombor tiga dan seterusnya.

15
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

15. Tekan kekunci Enter sekali dan tekan kekunci Backspace untuk
betulkan ruang antara perenggan kedua dan ketiga.

16. Kita akan betulkan masalah pada perenggan kedua dan ketiga, oleh
kerana OpenOffice secara automatik akan membuat senarai nombor
dan akan merubah inden pada perenggan tersebut

17. Klik kursor pada perenggan kedua dan klik kanan, pilih
Numbering/Bullets

18. Satu dialog akan keluar, pilih Positions.

16
OpenOffice.org Writer

19. Ubah nilai pada aligned at dan indent at pada 0.00 dan klik OK.

20. Enter sekali dan tekan backscpace sekali.

21. Tulis penutup surat rasmi.

22. Tulis Sekian, terima kasih. Mungkin sesetengah Jabatan


mempunyai slogan, anda boleh meletakkan slogan seperti Saya
Yang Menjalankan Tugas atau yang paling biasa iaitu Yang
Benar.

23. Tekan Shift dan _ (dash) serentak untuk membuat satu garisan, oleh
kerana OpenOffice akan membuat satu garisan panjang
( autocomplete ), anda perlu tekan enter skali dan tekan ctrl-z. 1

1 Jika anda gunakan Openoffice.org versi 3.2, tak perlu guna ctrl-z.

17
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

24. Tuliskan nama dan jawatan.

25. Mungkin anda ingin tambah sk dan Fail Timbul, anda boleh tulis sk
dan juga fail timbul di bawah jawatan.

26. Simpan fail tersebut, berikan nama yang bersesuaian. File → Save

Sambungan daripada surat rasmi di atas, Jika terdapat dua atau lebih
muka surat untuk surat rasmi tersebut, kita boleh buat bilangan dengan
memasukkan footer di bawah surat.

1. Masukkan footer.

Insert → footer → Default

18
OpenOffice.org Writer

2. Klik kursor dalam Footer, pilih Align Right

3. Tulis Ms ( Mukasurat ), klik Insert → Fields → Page Number

4. Taip slash ( / )

5. Langkah seterusnya, klik Insert → Fileds → Page Count

19
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Contoh Surat Rasmi ( Header Letter Head)

Jenis surat rasmi sebegini biasanya digunakan oleh syarikat kecil yang
tiada Letter Head bercetak. Kerani atau pengurus boleh menggunakan
Header untuk mencipta Letter Head dengan rekacipta sendiri.

Praktik 2

1. Set format kertas sebagai A4.

Format → Page → Paper Format → A4 → Ok

2. Insert → Header → Default

20
OpenOffice.org Writer

3. Dalam Header, masukkan ( 3 sell )

4. Buang garisan pada table

Table → Select → Table

Klik pada Toolbar, hilangkan garisan sempadan seperti dalam


gambar

21
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

5. Dalam sel pertama, boleh digunakan untuk meletakkan logo syarikat,


untuk sel yang kedua pula boleh digunakan untuk letakkan nama
dan alamat syarikat, manakala untuk sel yang ketiga pula, boleh
digunakan untuk nombor telefon, nombor faks dan email syarikat.

6. Klik di bawah

7. Buat satu garisan panjang.

22
OpenOffice.org Writer

8. Masukkan logo dalam sel pertama, nama dan alamat syarikat di sel
kedua manakala untuk sel ketiga pula, masukkan nombor telefon,
nombor faks serta email syarikat.

9. Untuk isi kandungan surat, anda boleh ikut tutorial dalam Praktik 1
bermula dari nombor 3 hingga nombor 25.

10. Kerani akan menghadapi masalah apabila surat rasmi tersebut


dibuat lebih dari dua muka surat kerana header secara automatik
akan diwujudkan dalam muka surat ke dua.

23
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

11. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu buat satu Page Style and
Formating baru.

12. Tekan F11, satu dialog Style And


Formating akan dipaparkan.

Nota: Style And Formatting


merupakan perkakasan yang
membolehkan pengguna OpenOffice
Writer menggubah atau menambah
tetapan-tetapan yang telah dibuat
secara default.

Anda boleh mengubah teks, saiz muka


taip, perenggan, muka surat dan
macam-macam lagi.

13. Dalam Style And Formating, pilih ikon ke 4 dari kiri anda. Klik kanan
pada Default, pilih New

24
OpenOffice.org Writer

14. Satu dialog


bernama Page
Style akan
keluar, namakan
page tersebut.
Eg: Mukasurat
Baru

15. Klik pada Page. Ubah format kertas kepada A4 dan set margin
kepada 2 cm untuk semua. Klik OK.

25
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

16. Anda juga perlu mengubah Page Style yang bernama Default. Klik
kanan pada Page Style Default, pilih Modify.

17. Dalam tab Organizer,ubah next style kepada Mukasurat Baru, klik
OK.

18. Kembali semula ke surat rasmi tadi, sambung perenggan yang ingin
ditambah dalam muka surat baru.

26
OpenOffice.org Writer

19. Jangan lupa untuk menambah Footer pada muka surat tersebut.
Insert → Footer → Mukasurat Baru.

20. Masukkan bilangan muka surat dan jumlah muka surat. Rujuk
Praktik 1.

27
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Surat Rasmi Biasa

Surat rasmi biasa seperti yang diajar di sekolah (masa zaman penulis). Sila
rujuk cikgu Bahasa Melayu untuk format surat rasmi terkini.

Praktik 3

1. Tuliskan nama dan alamat pengirim


2. Buat satu garisan panjang, anda hanya perlu gunakan Shift+dash
dan tekan Enter.
3. Tulis nama dan alamat penerima surat
4. Tarikh diletakkan sebaris dengan alamat penerima surat. Gunakan
kekunci Tab untuk menjarakkan antara alamat dan tarikh surat.
5. Sila ikut langkah 6 hingga 26 dalam Praktik 1 untuk isi kandungan
surat rasmi.

28
OpenOffice.org Writer

Sampul Surat

Anda boleh memasukkan sampul surat berserta dengan alamat penerima


surat di atas surat rasmi yang ditulis.

Insert → Envelope

Satu dialog Envelope akan dipaparkan, anda hanya perlu mengisi ruangan
Addressee. Buang tanda tick pada ruangan Sender.

Apabila siap menulis alamat, anda perlu set printer, klik tab printer. Pilih
cara sampul surat dimasukkan. Sila pilih posisi yang kelima dari kiri anda.
Klik butang Insert.

29
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Sesuaikan kedudukan alamat tersebut di atas sampul surat yang ingin


dicetak. Alihkan sedikit ke atas.

30
OpenOffice.org Writer

NOTA: Ada pelbagai jenis pencetak yang digunakan, bubblejet atau


laserjet. Ada jenis pencetak menggunakan bekas kertas di bawah, ada
pula jenis yang memasukkan kertas di bahagian atas. Apa pun jenis
pencetak anda, anda perlu membuat sedikit pengujian bagi memastikan
arah sampul surat yang betul semasa mencetak alamat pada sampul
surat.

Sila lihat tanda/simbol pada pencetak anda,


biasanya ada satu penanda seperti dalam
gambar.

Ikut penanda bagi sampul surat, perhatikan


kedudukan setem bagi sampul surat tersebut.

31
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Hal-hal lain

Untuk Perhatian

Sesetengah orang suka meletakkan U/P ( untuk perhatian ) pada sampul


surat. Bukan salah, tetapi jika sekiranya penerima surat bercuti lama,
maka lagi lama lah surat tersebut berada di atas meja si penerima
surat. Jadi adalah lebih elok anda menulis U/P di bawah alamat penerima
surat supaya sekiranya si penerima surat bercuti lama, orang lain boleh
membuka surat tersebut dan memberikan surat tersebut kepada orang
yang bertanggungjawab menggantikan tugas si penerima surat yang
bercuti tersebut.

Mencetak Surat

Kadang-kala, dalam Openoffice.org, anda telah pun membuat tetapan


format kertas sebagai A4, tetapi apabila anda mencetak surat, posisi surat
kelihatan tidak seperti A4. Ini mungkin kerana, anda tidak membuat
tetapan saiz muka surat pada pencetak.

Print → Properties → Paper → Tetapkan sebagai A4.

* biasa orang ramai lupa untuk tetapkan saiz kertas dalam printer.

32
OpenOffice.org Writer

Surat Rasmi ( Hantar Kepada Sekumpulan Orang )

Menghantar surat rasmi kepada sekumpulan orang memerlukan teknik


yang betul. Anda tidak perlu bersusah payah untuk menaip surat rasmi
berulang-ulang kali dengan nama yang pelbagai. Anda hanya perlu
menyenaraikan semua nama dan alamat orang ramai dengan isi
kandungan surat rasmi yang sama . Teknik ini dipanggil “Mail Merge”.
Biasanya teknik sebegini sesuai digunakan untuk tujuan panggilan
mesyuarat atau penghantaran notis kepada sekumpulan orang.

Senario

Anda adalah seorang Setiausaha sebuah atau persatuan belia, anda


diarahkan oleh Yang Dipertua persatuan untuk memanggil semua Ahli
Jawatan Kuasa untuk bermesyuarat pada 26 hari bulan Mac dan bertempat
di rumah persatuan.

Praktik 4

1. Buat satu surat rasmi panggilan mesyuarat


2. Ikut contoh surat rasmi yang dipaparkan di bawah.

PERSATUAN BELIA KAMPUNG PISANG

Belia Harapan Bangsa Rujuk Kami: Bil ( 3 ) / Mesyuarat / 09


Tarikh : 12 Mac 2009

Tinggalkan kosong
4 baris
untuk
nama dan alamat AJK.

Tuan,

Panggilan Mesyuarat Bulanan Persatuan Belia Kampung Pisang

Adalah dimaklumkan tuan dijemput hadir ke Mesyuarat Bulanan


Persatuan Belia yang diadakan pada :

Tarikh : 12 March 2009


Tempat : Rumah Persatuan

33
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Masa :9:30 Pagi

Sekian, harap maklum

Yang Benar

___________________
YDP Persatuan Belia
Kampung Pisang.

3. Simpan surat tersebut.

4. Kita perlu membina senarai nama dan alamat Ahli Jawatan Kuasa
Persatuan dengan menggunakan Spreadsheet dan Database.

5. Bina spreadsheet baru. File → New → Spreadsheet

6. Tuliskan nama, alamat1, alamat2, poskod, daerah dan negeri seperti


dalam gambar.

7. Masukkan senarai nama Ahli Jawatan Kuasa berserta dengan alamat


mereka.

34
OpenOffice.org Writer

8. Simpan fail tersebut. File → Save

9. Buat satu fail database baru. File → New → Database

10. Satu dialog Database Wizard akan dipaparkan

11. Pilih Connect to an existing Database dan pilih Spreadsheet. Klik


butang Next.

12. Dalam skrin yang seterusnya, Wizard akan meminta fail

35
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

spreadsheet yang dibina tadi, berikan lokasi fail tersebut.

13. Klik butang Next.

14. Dalam skrin seterusnya,kita hanya mahu mendaftar pangkalan data


tersebut supaya dapat diakses melalui Openoffice Writer. Pilih Yes,
register the database for me, Untick pada Open the database for
editing. Tekan butang Finish.

15. Simpan fail pangkalan data tadi di suatu tempat.

36
OpenOffice.org Writer

16. Kembali ke surat panggilan mesyuarat anda tadi.

17. Sekarang, pangkalan data telah pun didaftarkan dalam OpenOffice


Writer. Cuba anda periksa data tersebut dengan menekan butang
Data Sources pada Standard Toolbar.

18. Pangkalan data anda akan kelihatan seperti dalam gambar di


bawah.

19. Tarik Nama, Alamat1, Alamat2, Poskod, Daerah dan Negeri ke


dalam surat rasmi tersebut. Sila lihat gambar.

20. Sekarang, anda perlu mencetak sampul surat pula. Insert →

37
Bab 3: Surat Rasmi Dan Sampul Surat

Envelope

21. Masukkan data dari pangkalan data yang anda bina tadi.

22. Klik New Doc, sampul surat anda akan kelihatan seperti dalam
gambar di bawah.

23. Semasa anda mencetak surat dan sampul surat tersebut, satu

38
OpenOffice.org Writer

pertanyaan akan keluar seperti di bawah. Klik Yes untuk mencetak


surat dengan semua nama yang ada dalam pangkalan data.

24. Klik Ok untuk Print.

39
Muka Surat Kosong
OpenOffice.org Writer

Penghantaran Faks
Biasanya di mana-mana jabatan atau syarikat, terdapat satu borang khas
yang perlu diisi oleh pekerja apabila ingin membuat penghantaran faks.
Dalam OpenOffice.org ini, saya ingin menunjukkan cara membuat Fax
Coversheet menggunakan OpenOffice Writer serta menyimpannya
sebagai templat. Jadi setiap kali seseorang pekerja ingin menghantar
dokumen melalui mesin faks, beliau hanya perlu menulis borang
penghantaran faks yang telah siap dalam templat.

Contoh Borang Penghantaran Faks

Syarikat ABC Sdn Bhd


Aras 1, Alamat 1
Alamat 2, Poskod 1,
Wilayah Sekian-sekian

FAKSIMILI
Kepada : Daripada :
Telefon : 09-999999 Tarikh : 13/03/09
Faks : 09-999998 Muka surat :
Perkara : CC :

CATATAN

41
Bab 4: Penghantaran Faks

Praktik 5

1. Buka OpenOffice.org , cipta dokumen baru → teks dokumen.

2. Tetapkan format kertas, Format → Page → Paper Size → A4.

3. Pada Formating Toolbar, klik Centered.

4. Tuliskan nama syarikat atau jabatan anda berserta dengan alamat.

5. Buat satu garisan panjang, tekan ctrl+ _( dash ) dan tekan Enter.2

6. Tulis perkataan FAKSIMILI dengan saiz muka taip sebesar 44 pt.

7. Tekan Enter dan kecilkan kembali saiz muka taip kepada 12.

8. Buat jadual dengan jumlah 6 kolum dan 4 baris.

9. Sunting seperti dalam gambar

2 Dalam Openoffice.org versi 3.2 tidak perlu tekan ctrl+z

42
OpenOffice.org Writer

10. Tuliskan item item seperti KEPADA, DARIPADA dsb.

11. Masukkan semi kolum dalam petak yang disediakan.

12. Table → Select → Table

13. Hilangkan garis sempadan antara sel.

14. Wujudkan satu garisan dalam setiap sel seperti dalam gambar.

43
Bab 4: Penghantaran Faks

15. Hasil akhir bagi adalah seperti berikut.

16. Masukkan nombor telefon dan nombor faks berserta dengan tarikh.
Insert → Fields → Date.

17. Keluar dari dan klik kursor ke kanvas penulisan. Enter dua atau tiga
kali ke bawah.

18. Tuliskan pula dengan huruf besar, CATATAN, klik dua kali pada
perkataan tersebut dan tekan ctrl B dan ctrl U.

44
OpenOffice.org Writer

19. Simpan borang penghantaran faks ini sebagai Templat.

20. File → Templates → Save → Berikan nama kepada templat


tersebut. Klik butang OK.

45
Bab 4: Penghantaran Faks

21. Apabila anda ingin menggunakan borang penghantaran faks, buka


fail tersebut melalui template. File → New → Templets and
Documents

22. Pilih templat dan pilih nama fail, klik butang Open.

46
OpenOffice.org Writer

Jadual Dan Borang


Untuk membuat jadual dan borang, kita akan bekerja dengan Table.
Kemahiran yang akan kita pelajari menambah lajur dan baris, membuang
lajur dan baris, memecahkan lajur dan baris dan juga menggabungkan
lajur dan baris.

Sedikit tips semasa menggunakan Table dalam Openoffice Writer.

1. Apabila anda membuat jadual menggunakan table, selalunya anda


akan membuat jadual terlebih dahulu pada kanvas, dan kemudian
baru anda letakkan tajuk di atasnya. Cara untuk anjak jadual ke
bawah adalah dengan meletakkan cursor pada sel kiri anda sebelah
atas dan tekan Enter.

2. Jika sekiranya anda bekerja dengan Table, ada satu item atau satu
baris ayat yang memerlukan anda untuk menggunakan kekunci tab.
Anda perlu menekan kekunci Ctrl+Tab sebab jika anda gunakan
kekunci Tab sahaja, Table akan mencipta satu lagi sel di bawah.

47
Bab 5: Jadual Dan Borang

Praktik 6

Jadual Waktu

Contoh
Jadual Waktu
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis
08.00-10.00

1. Buat jadual, dua baris dan lima lajur

2. Masukkan nama-nama hari dalam baris pertama seperti dalam


gambar.

3. Untuk menambah baris, klik pada hujung bawah sebelah kanan table
dan tekan kekunci Tab.

48
OpenOffice.org Writer

4. Select Table, halakan cursor di sebelah tepi jadual sehingga cursor


menjadi anak panah warna hitam dan klik kanan pada semua sel
dalam jadual.

5. Tebalkan border. Klik kanan pada jadual, pilih table, dan pilih border.
Pilih line dan tekan OK.

6. Jika mahu tebalkan lagi garisan pada jadual, sila pilih jalur garisan
yang lain.

49
Bab 5: Jadual Dan Borang

Praktik 7

Borang Butir Diri

Contoh

Borang Butir Diri

Nama
No KP Bangsa
Alamat
Alamat 2
Poskod Negeri
Berat Tinggi
Sekolah
Universiti
Persatuan

1. Set Page Format sebagai A4

Format → Page → Paper Format → A4

2. Buat jadual dengan dua kolum.

3. Klik pada sel sebelah kiri anda dan tekan Enter untuk mewujudkan
ruang di atas jadual.

50
OpenOffice.org Writer

4. Tuliskan tajuk borang, “Borang Butir Diri” dan klik Centered pada
Formating Toolbar.

5. Laraskan kolum pertama seperti di bawah dan tuliskan item 'Nama'


dalam kolum pertama tersebut.

6. Bawa cursor ke kolum kedua, dan tekan kekunci Tab.


7. Satu baris baru akan dipaparkan, tulis dalam kolum baru tersebut, “No
KP”

51
Bab 5: Jadual Dan Borang

8. Untuk menulis satu lagi item dalam baris kedua, anda perlu
memecahkan sel dalam baris kedua. Gunakan fungsi split, Klik kanan
pilih menu. Cel → Split.

9. Kita mahu pecahkan sel kepada tiga, jadi masukkan nombor tiga dan
pilih Vertically.

10. Sel yang telah dipecahkan kepada tiga.

52
OpenOffice.org Writer

11. Tuliskan Bangsa pada cel ke empat dalam barisan ke dua.

Nama
Nombor KP Bangsa

12. Tekan tab untuk mencipta satu baris baru.

13. Tuliskan Alamat

Nama
Nombor KP Bangsa
Alamat

14. Anda perlu buat Cell Merge. Pilih cel-cel yang ingin digabungkan. Klik
kanan, pilih Cell → Merge

15. Tekan tab sekali lagi untuk membuat row ke empat.


16. Tuliskan Alamat 2
17. Ulang langkah 2 untuk menyiapkan borang seperti dalam gambar.

53
Bab 5: Jadual Dan Borang

Praktik 8

Senarai Harga Barangan


Buat Jadual seperti di bawah.

Contoh

Senarai Harga Barangan


Bil Item RM Catatan

54
OpenOffice.org Writer

Senarai Harga barangan


Bil Item Harga Catatan

1. Pilih Table cel, empat kolum, taipkan Tajuk

Senarai Harga Barang

Bil Item Harga Catatan

2. Masukkan sejumlah baris ke dalam Jadual. Table → Insert → Rows.

3. Dalam Langkah 2, setelah memasukkan sejumlah kolum (eg: 10


kolum). Anda perlu highlight pada lajur bilangan serta aktifkan
Numbering atau Format → Bullets And Numbering → Pilih
Nombor

55
Bab 5: Jadual Dan Borang

4. Betulkan kedudukan nombor-nombor tersebut dengan klik opsyen


bullets and numbering pada toolbar di bawah.

5. Ubah nilai kepada 0 dalam aligned at dan 0 dalam indent at.\

56
OpenOffice.org Writer

6. Katakan baris dalam jadual tersebut panjangnya melebihi satu muka


surat. Anda boleh memecahkan jadual tersebut dengan
menggunakan fungsi Split Table.

untuk pecahkan table kepada dua bahagian, klik pada kolum


terakhir dalam table tersebut. Kemudian pada menu utama, pilih
Table --> Split Table.

7. Anda boleh membuat kira-kira dalam Openoffice Writer seperti


menjumlahkan harga barangan.

untuk membuat pengiraan, letak simbol = dalam cell, kemudian pilih


kolum yang ingin dicampur.

57
Bab 6: Laporan / Kertas Kerja

Laporan / Kertas Kerja

Anda boleh menggunakan suite Openoffice.org Writer untuk mencipta


satu laporan atau kertas kerja dalam satu dokumen tanpa membuat
pecahan-pecahan dokumen secara berasingan. Kemahiran Style And
Formating perlu anda kuasai untuk memudahkan anda membuat Laporan,
buku atau kertas kerja.

Praktik 9

Anda perlu membuat satu kertas kerja, item yang perlu ada: Tajuk Muka
Depan, Isi Kandungan, Prakata, Cadangan,Spesifikasi Barangan Dalam
Bentuk Landscape dan Penutup.

1. Buat satu muka surat baru.

2. Klik menu Format → Style and Formatting. Satu dialogbox Styles


And Formatting akan muncul.

3. Pilih Ikon ke empat – Page. Pilih Default, Klik Kanan, pilih New.

4. Tuliskan nama style Muka Depan dan next style, pilih Muka Depan juga.

58
Openoffice.org Writer

5. Klik pada tab Page. Set kertas A4 dan set margin dan klik butang Ok.

6. Tukar Style Dan Formatting pada


muka surat pertama dengan style
Muka Depan yang baru dibuat tadi.
Klik kanan pada status bar. Pilih
nama Muka Depan.

59
Bab 6: Laporan / Kertas Kerja

7. Tuliskan tajuk besar Kertas Cadangan XYZ

8. Ikut langkah 1 higgga 5 untuk nama style


berikutnya. Isi Kandungan.

9. Buat muka surat kedua dengan page style Isi Kandungan.Insert →


Manual Break .

10. Biarkan muka surat kedua kosong dahulu, buat muka surat ketiga
dengan mengikut langkat
1-5 di atas dan kemudian
langkah 9 dengan nama
style yang baru. Prakata.
Namun kali ini, sedikit
ubahsuaian untuk style
Prakata. Tick pada Change
Page Number, jadikan
muka surat Prakata ini
sebagai mukasurat 1. Sila
abaikan ubahsuaian ini
untuk style berikutnya.

60
Openoffice.org Writer

11. Tulis perkataan Prakata pada muka surat tersebut dan highlight
perkataan tersebut, tukar style tulisan kepada Heading1.

12. Aktifkan Footer bagi mukasurat Prakata. Insert → Footer → Prakata

61
Bab 6: Laporan / Kertas Kerja

13. Masukkan nombor mukasurat dalam mukasurat Prakata. Klik pada


Footer, pilih Centered, Klik pada Insert → Fields → Page Number. Anda
boleh mula menulis prakata dalam mukasurat tersebut.

14. Mukasurat seterusnya adalah Cadangan. Buat style baru yang


bernama Cadangan mengikut langkah 1-5 di atas diikuti dengan langkah
9. Ikut langkah 11 hingga 13 [ pilih footer Cadangan]. Tuliskan cadangan
dalam mukasurat tersebut.

15. Seterusnya, muka surat Spesifikasi Barang yang perlu dibuat secara
Landscape. Ikut langkah 1-5 dengan nama style Spesifikasi seperti
sebelumnya dengan ubahsuaian pada langkah kelima seperti di bawah.

62
Openoffice.org Writer

15. Masukkan Tajuk dan footer pada mukasurat Spesifikasi dengan nama
Spesifikasi Barangan, ikut langah 11-12.

16. Seterusnya, buat style untuk mukasurat Penutup. Ikut langkah 1-5,
tulis nama style Penutup, kemudian langkah 9 dengan memilih style
Penutup. Kemudian ikut langkah 11-13.

17. Kita perlu ke mukasurat Isi Kandungan [ Mukasurat kedua dari atas ],
untuk membuat Isi Kandungan untuk semua isikandungan dalam laporan
tersebut. Insert → Indexes and tables → Indexes and tables

Tulis Title : Isi Kandungan.

63
Bab 6: Laporan / Kertas Kerja

18. Klik pada Tab Entries. Klik pada Page Number [ simbol # ]

19. Hasil seperti di bawah.

20. Simpan file tersebut dengan suatu nama. Contoh


kertas_cadangan.odt.

21. Pada bulan hadapan, anda ingin membuat satu lagi kertas cadangan
dengan spesifikasi barangan yang lain pula. Anda tidak perlu membuat
satu persatu page style seperti di atas. Gunakan fungsi Load style dalam
file kertas_cadangan.odt yang sedia ada sahaja.

64
Openoffice.org Writer

22. File → New → Text Document

23. Format → Style And Formatting

24. Pilih Page Style, Pilih Ikon New Style From Selection

25. Satu dialogbox lain akan keluar seperti di bawah.

Tick pada Pages dan klik butang From File . Pilih file bertajuk
kertas_cadangan.odt yang mula-mula dibuat tadi. Dengan ini, kita tidak
perlu membazir masa untuk setting margin dan sebagainya.

65
Bab 7: Asas Calc

Asas Calc

Openoffice.org Spreadsheet merupakan alternatif kepada MS Excel. Anda


boleh melakukan kerja-kerja akaun di dalam Spreadsheet sama seperti
anda menggunakan MS Excel.

Tambah hari dalam Spreadsheet

1. Buka Dokumen Spreadsheet baru, ke menu Tools → Options →


Openoffice.org Calc → Sort List. Tambah item seperti di bawah.

2. Cuba masukkan senarai hari yang baru diletakkan dalam Sort List
dalam Sheet1. Taip nama hari “Ahad”. Tarik kotak kecil ke depan untuk
senaraikan hari berikutnya.

66
OpenOffice.org Calc

3. Jika mahu perkataan Ahad sahaja. Tekan Ctrl sambil drag kotak kecil ke
depan atau ke bawah.

4. Jika anda mahu senaraikan nombor, boleh guna kaedah ini.

Paste Special

Dalam Openoffice.org Calc, terdapat satu fungsi yang sangat menarik


iaitu paste Special.

Page Break View

Biasanya dalam MS Excel, ditunjukkan Page 1, Page 2 dalam Workbook.


Dalam Openoffice.org Calc. Anda perlu menggunakan menu Page Break
Preview untuk memaparkan Page 1, Page 2 dan seterusnya. Fungsi ini
boleh digunakan sebelum proses mencetak dijalankan.

67
Bab 7: Asas Calc

Jika anda mahu menukar layout, boleh ubah melalui Format --> Page . Ia
agak berlainan sedikit dari Page Layout untuk Openoffice Writer.

Freeze
Funsinya adalah untuk mengunci cell cell tertentu. Jika anda bertugas
dengan data yang banyak sehingga beberapa muka surat. Anda boleh
kunci Header di atas supaya anda tidak tersilap memasukkan data dalam
ruangan cell yang lain.
Klik pada data yang pertama selepas Header data. Klik Window -->
Freeze. Anda boleh skroll data ke bawah, header data tidak akan
bergerak.

68
OpenOffice.org Calc

Formula

Untuk memasukkan formula, anda perlu meletakkan tanda = ke dalam


cell.

69
Bab 7: Asas Calc

Memasukkan Data Dan Kira Jumlah

Praktik 9
Bil Nama No Matrik Tugasan1 Tugasan2 Ujian1 Ujian2
1 Maliati Mohd Amin 10001 5.6 10 85 94
2 Azuan Azizi 10002 8 7.5 78 74
3 Tuan Salim Tuan Mat 10003 9 6.5 73 77
4 Kamaliah Jumaat 10004 6.75 7 52 55
5 Alif Najmi 10005 7 2.8 65 73
6 Wan Nor Rizan Wan Musa 10006 6 5.5 78 76
7 Jamaludin Idrus 10007 9 8.5 90 87
8 Muhammad Fahmi Nazri 10008 6 7.3 77 74
9 Syukri Jusoh 10009 5 5.8 75 73
10 Mualiati Ibrahim 10010 7 8 81 83
11 Najwa Mohamad 10011 8 7 76 68
12 Khairunnisa Abdullah 10012 5 6 68 78
13 Zainun Wahab 10013 4 6 67 73
14 Ramlan bin Roslan 10014 6 7.5 65 56
15 Manaf Hasan 10015 7 8 83 72

1. Buka File Spreadsheet baru. File → New → Spreadsheet.


2. Buat rekod seperti dalam jadual di atas.
3. Setelah selesai, kita ingin tahu jumlah markah bagi setiap pelajar.
4. Tugasan 2 perlu di darab dengan 3 manakala Ujian 1 dan Ujian 2
perlu di darab dengan 0.3.
5. Masukkan formula seperti berikut pada cell H2.

6. Drag ke bawah untuk mengetahui setiap


jumlah markah pelajar.

70
Openoffice.org Calc

7. Sekarang kita ingin mengetahui ranking pelajar mengikut jumlah


markah yang diperolehi.

8. Melalui data tersebut juga, kita boleh mengetahui purata markah


bagi kelas tersebut dengan menggunakan Average.

9. Simpan fail tersebut dengan nama rekod_ujian_pelajar.ods

Bina Graf

Praktikal 10

Kutipan Tabung Masjid Kampung XYZ


2007 2008 2009 2010
Jan 979 899 1002 1123
Feb 1101 1200 972 1240
Mar 1211 799 802 977
Apr 1200 1423 1103 1455
May 1003 1211 1024 1447
Jun 1020 1030 1002 813
Jul 902 1121 1111 834
Aug 1207 1111 899 977
Sep 997 2311 877 983
Oct 1002 720 1477 1231
Nov 1322 1221 1123 1112
Dec 2633 1222 1230 1222

71
Bab 7: Asas Calc

1. Masukkan Data seperti dalam jadual. Untuk bulan bermula dari Jan.
Taip bulan Jan dan drag ke bawah. Secara automatik ia akan mengikut
turutan. Jan,Feb dan seterusnya.

2. Pilih Menu. Insert --> Chart, satu dialogbox Chart Wizard akan keluar
seperti gambar di bawah.

3. Klik Next, Data Range, klik pada butang Select Data Range

72
Openoffice.org Calc

4. Pilih range data yang ingin dijadikan graf dan Klik Next, Next dan
Finish.

73
Bab 7: Asas Calc

Nama Cell

Anda boleh menamakan cel atau satu kumpulan cel dengan nama
tertentu bagi memudahkan operasi penambahan, penolakan dan
sebagainya.

Praktik 11
Rekod Perbelanjaan Peribadi

Masuk Keluar

Gaji 1500 Kereta 340


Kerja luar 200 Belanja Rumah 150
Petrol 100

Jumlah 1700 590

Lebihan 1110

1. Masukkan data seperti di atas. Untuk jumlah wang masuk. Guna


fungsi sum seperti dalam gambar di bawah.

74
Openoffice.org Calc

2. Untuk jumlah wang keluar, guna fungsi sum seperti gambar di


bawah.

3. Kita ingin mengetahui nilai lebihan wang masuk. Dalam operasi-


operasi tertentu yang melibatkan banyak cel dan pengiraan. Kita boleh
menamakan cel atau sekumpulan cel.

4. Klik pada jumlah wang masuk tadi. Insert --> Names --> Define.
Taipkan satu nama eg: Masuk.

5. Klik pula pada jumlah wang keluar, berikan satu nama pada cel
tersebut. Eg: Keluar.

75
Bab 7: Asas Calc

6. Berbanding dengan kaedah lama iaitu dengan menggunakan kod


cell seperti A1-A2. Kita boleh gunakan nama yang telah ditetapkan untuk
membuat operasi pengiraan.

76
Openoffice.org Writer

Nota Tambahan

Navigasi
Dalam Openoffice.org Writer tiada fungsi goto page. Ia ada satu fungsi
yang diberi nama Navigator. Anda boleh ke mana mana bahagian muka
surat atau mana mana elemen dokumen anda menggunakan Navigator .

PDF
Openoffice.org semenjak dahulu lagi telah dilengkapi dengan fungsi
eksport ke pdf.

New Window
Anda boleh bekerja dengan satu dokumen yang mempunyai banyak muka
surat dengan dua atau lebih window dalam masa yang sama dan
berlainan muka surat.

77
Selamat Mencuba

You might also like