Bengkel Pusat Siswazah Siri 26/2017: Sains Fotografi: Jom Belajar Teknik Hasilkan Gambar Berkualiti Untuk Tesis  (www.ukm.my/pusatsiswazah)
Tuan/Puan,

Selamat datang ke laman web pendaftaran Pusat Siswazah. Kami mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di dalam program Bengkel Pusat Siswazah Siri 26/2017: Sains Fotografi: Jom Belajar Teknik Hasilkan Gambar Berkualiti Untuk Tesis.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 September 2017 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
                        (Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi)
Yuran : RM 70.00
Tempat : Bilik Latihan, Aras 2, Pusat Siswazah UKM

Bengkel ini terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Bengkel ini akan dijalankan dalam Bahasa Melayu.

Jom sertai kami! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Sila hubungi Cik Kartikha Zainudin di talian 03-8921 3100 atau email kartikha[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm
Sign in to Google to save your progress. Learn more
CIMB No. Akaun 8002234307 (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Kaedah Bayaran:

1. Bayaran secara Online, atau;
2. Pemindahan wang ATM ke ATM

(PEMBAYARAN MENGGUNAKAN MESIN DEPOSIT TUNAI ADALAH TIDAK DIBENARKAN KERANA PIHAK KAMI SUKAR MENGESAN NAMA PENDEPOSIT).
 
Sila emailkan resit bukti bayaran yang telah dibuat beserta maklumat (Nama, No. Maklumat & Nama Bengkel) ke kartikha[at]ukm.edu.my.

Biodata Penceramah
Beliau merupakan Jurufotografi Kanan di Pusat Komunikasi Korporat, UKM mulai Julai 2013.  Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai jurufotografi di Penerbit UKM dan Fakulti Sains Hayat dan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Beliau juga juga bergiat sebagai wartawan sambilan di Portal Berita UKM serta penyelia laman web iaitu Alam Seni Foto mulai 1999.  Encik Abd. Raai juga terlibat sebagai pengajar sambilan Kursus Citra UKM (Seni Foto) mulai September 2014. Encik Abd. Raai turut menjadi penceramah kursus dan bengkel pelbagai jenis fotografi mulai 1993. Beliau amat berpengalaman dalam merakam gambar serangga, pokok, paku pakis, forensik, gambar sejarah dan bencana seperti banjir.  Di atas tugas dan sumbangan yang diberikan, beliau diberi Anugerah Bitara 2016 (Anugerah Keunggulan Perkhidmatan – Kategori Pelaksana).

Sinopsis Bengkel
Gambar berkualiti bernilai seribu perkataan.  Teknik yang betul perlu diketahui untuk menghasikan gambar yang persis untuk tesis. Cabaran utama dihadapi dalam merakamkan gambar kajian sains seperti forensik, alat radas kaca, mikrobiologi, sampel makanan, haiwan, serangga dan tumbuhan.  Untuk bidang sains sosial pula, teknik dan sudut gambar juga perlu diambilkira semasa temubual ataupun aktiviti. Teknik untuk restorasi gambar yang betul juga akan ditunjukkan. Anda juga akan diajar untuk menggunakan latar belakang gambar yang sesuai untuk gambar.  Anda diberikan panduan merakam gambar menggunakan telefon mudah alih atau membawa gambar sendiri untuk dinilai oleh 2 orang fasilitator yang pakar dalam fotografi. Teknik mengambil gambar yang menarik yang diambil menggunakan telefon mudah alih juga akan ditunjukkan. Anda berminat? Jom sertai bengkel ini.
Keperluan Bengkel
Gambar-gambar kajian.
Nama: *
(Nama seperti di dalam Kad Pengenalan)
No. kad pengenalan:
No. Matrik / No. Pekerja:
Wajib untuk warga UKM
Jenis Pengajian: *
Emel: *
No. Telefon: *
Fakulti/ Institut: *
Bagaimana anda mengetahui mengenai bengkel ini? *
Sila tandakan dibawah:
Required
Submit
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This form was created inside of Universiti Kebangsaan Malaysia. Report Abuse