You are on page 1of 64

Mahir Komputer

hasil catatan seorang budak komputer

Dari penulis buku Tips dan Trick Komputer

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman seharian


penulis menggunakan
Sistem Pengoperasian Windows dan Linux
serta Internet.

Jenis Mukataip: Bitstream Vera Sans


Saiz Mukataip : 12 pt

Buku terbitan terdahulu

Tips-dan-Trick-Menggunakan-Komputer

adi
http://hardyw3b.wordpress.com
Penghargaan

buat ibunda dan ayahanda tercinta


ku mohon restu darimu

buat isteri tersayang


terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan memahami diriku ini

buat guru-guru seluruh negara


terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan

buat sahabat sejati


tiada galang ganti, dunia hingga akhirat.

buat rakan-rakan seperjuangan


terima kasih atas nasihat, pandangan, teguran, tunjuk ajar, idea yang diberikan

i
Isi kandungan
1 Prakata 1
2 Google Chrome 2
3 Winff 4
4 Photorec 6
5 Testdisk 10
6 Eraser 14
7 Portable AV 18
8 Burn Cd menggunakan CDRTFE 19
9 MS OFFICE 2007 DOCX 20
10 OpenDocument 21
11 China Ipod 22
12 Gmail 23
13 Gmail Label
14 Gtalk & Video Chat
15 Gmail Gadget
16 Google Reader 28
17 Microblog 31
18 Save website as PDF 32
19 Sunting File PDF dalam OpenOffice Draw 35
20 Simpan Gambar Dari pdf guna OpenOffice Draw 37
21 Partimage Is Not Ghost 38
22 Cekupan Skrin 44
23 Asas Arahan Linux 45
24 Netdiscover 47
25 Menguatkan Volume Lagu Dengan SOX 48
26 Cipta senarailagu dalam linux untuk mplayer 49
27 Cari Maklumat Dalam Forum Yang Berdaftar 50
28 Tab dan Shift + Tab 51
29 Pembaca Kad Pintar / MyKad dan Pengesan Ibu Jari. 51
30 The Gimp 52
31 Create Border
32 highlight
33 Levels
34 Hati-hati semasa melayari Internet 53
35 Daftar Forum / Laman sosial / Laman Blog
36 Bahaya gambar yang diambil secara cakupan skrin
37 Jangan memuat turun program sesuka hati
38 Abaikan phishing / spam email
39 Keep Broken Rar 56
40 Upload executable file ke akaun gmail 57

ii
Lesen

Buku ini diterbitkan di bawah lesen Creative Commons yang mana anda boleh
menerbitkan semula, mengedar, menyalin, mencetak atau menyiarkan mana-
mana bahagian dalam buku ini dengan syarat mengkreditkan nama penulis
sebagai pengkarya asal buku ini.

Anda, tidak boleh sekali-kali menjual mana-mana bahagian yang terkandung


dalam buku ini. Jika ingin mengubah mana mana bahagian dalam buku ini,
anda perlu menggunakan lesen yang sama seperti di bawah untuk memastikan
keterbukaan buku ini.

Sila rujuk Derivatif bagi lesen Creative Commons yang dilampirkan.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/

iii
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Prakata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Assalamualaikum wbt

Buku ini dikarang dan dicatat oleh seorang budak


komputer berdasarkan pengalaman beliau mengguna
dan menguji perisian-perisian sumber terbuka. Ia
ditujukan khas kepada anak-anak yatim, anak-anak
orang susah, pelajar sekolah pondok dan agama
negeri serta orang ramai amnya.
Semoga ilmu yang ditulis di dalam buku ini, dapat
dimanfaatkan oleh semua orang. Penulis juga
berharap agar pembaca tidak menyalahgunakan ilmu yang diberi kerana
ada di antara tutorial yang dipersembahkan boleh digunakan untuk tujuan
yang tidak baik.

Wassalam

Penafian
Penulis buku ini tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan
harga benda atau kehilangan data akibat daripada tutorial yang diikuti oleh
pembaca dalam buku ini.

Creative Commons 1
“Ikatlah ilmu dengan
menulisnya”-hukamak

Kisah Sebatang Kalam


Aku: Mok, kalam kita pendek doh nih, dok sedak doh nok guna.. mok beli hok lain la neh..
Mok: Guna la hok tu dulu.
Aku: Pendek sangat doh nih, ada panjang 2 inci lagi nih.
Mok: Boleh guna lagi tu, mung cari batang pen hok dok leh guna doh. nanti mok buat.
lalu aku cari pen hok kehabisan dakwat.. aku bagi kat mok.Mok buang dakwat dan ambil
bahagian atas pen. Mok asoh skit bahagian belakang kalam, supaya muat dengan pen. pastu
mok amik getah urat . mok ikat patang pen dengan kalam tu.
Mok: Amik nih. Buleh pakai lagi tu.
Aku membisu seribu bahasa.. aku renung dalam dalam kat kalam warna merah hok muroh skali
masa tu. Nok beli kalam cap Staedtler/Noris 2B . tak dok pitis.. Nok mintok pitis kat mok. takut
mok maroh..

*Kisah aku semasa berada dalam darjah 5 atau 6


**Kalam = pensel

petikan dari blog beliau bertarikh 22/01/2009

Maka bermulalah catatan tentang pengalaman dalam bidang pengkomputeran


oleh seorang budak IT yang dahulunya tak mampu untuk membeli pensel
Steadtler/Noris 2B.
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Google Chrome [Windows ][Internet]

Ia merupakan pelayar baru yang dikeluarkan oleh syarikat Google Inc


menggunakan teknologi Webkit dan juga V8 Javascript Engine diwar-warkan
sebagai pelayar Internet yang pantas.

Google Chrome menggabungkan ciri-ciri terbaik dari pelbagai pelayar Internet


yang ternama. Antara ciri-ciri yang dipersembahkan oleh Google Chrome
adalah seperti berikut:
1.Omni-Bar – Search bar dan address bar digabungkan menjadi satu. Ia juga
berfungsi sebagai Auto Suggestion Bar
2.Incognito Mode – Fungsi baru ini apabila diaktifkan, ia tidak akan menyimpan
segala maklumat dan data. Apabila pengguna mematikan pelayar Google
Chrome, semua maklumat tersebut hilang.
3.Tab baru ( di bahagian atas ) - Tab baru ini diletakkan di bahagian atas, dan
berjalan secara berasingan. Ia boleh diceraikan dari induk untuk menjadi page
yang baru atau dialihkan ke kiri dan ke kanan.

Creative Commons 2
Hardyweb Tech Mahir Komputer

4.Anti Crash, task manager- Dalam google chrome yang


baru ini, pembangunnya memisahkan setiap tab dalam operasi yang
berasingan supaya apabila salah satu tab crash, ia dapat dimatikan tanpa
mematikan tab-tab yang lain.
5.Inspector- Jika anda seorang pembangun laman web, fungsi Inspector ini
dapat membantu anda dalam membuat pengkodan HTML.
6.Fungsi seperti dalam Opera- Paparan yang luas tidak dibiarkan kosong, ia
diisi dengan alamat-alamat dan gambar laman web yang kerap dikunjungi.
7.Phising & Malware detector- Pihak pembangun Google Chrome juga
meletakkan satu pangkalan data website yang disenaraihitamkan dalam
google chrome, jika laman web yang dikunjungi oleh pengguna dikesan boleh
mendatangkan masalah kepada pengguna, Google Chrome akan memberi
amaran kepada pengguna.
8.Pelbagai ciri terbaru.
Google Chrome boleh diinstall dalam Windows XP SP2.
Download dan Install http://www.google.com/chrome

Creative Commons 3
Hardyweb Tech Mahir Komputer

WinFF [Multimedia][Windows][Linux]

Merupakan frontend bagi perisian ffmpeg, jika dalam buku dahulu, saya
membuat tutorial menggunakan ffmpeg secara manual, anda perlu
mengingati arahan-arahan untuk menukar format file. Winff memudahkan
proses tersebut, pengguna pengguna tidak perlu menghafal setiap parameter
ffmpeg semasa proses menukar format file.

1.Download dan install winff. http://winff.org/

Creative Commons 4
Hardyweb Tech Mahir Komputer

2.Klik butang Add untuk menambah fail Audio. Saya


menggunakan fail audio flv untuk ditukarkan kepada bentuk mp3.

3.Pastikan Output Folder dan anda boleh mula menekan butang Convert
untuk proses penukaran format fail.

Creative Commons 5
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Photorec [ Windows ] [linux] [Hardware]

Memory Card atau thumbdrive rosak secara tiba-tiba, data hilang. Kerja atau
tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru perlu dihantar segera.Jangan
panik, anda boleh pulihkan data tersebut. Gunakan Photorec untuk
mengembalikan dokumen seperti doc, ppt, ODF atau gambar jpeg,png.
1.Download program ini di laman http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk
2.Ekstrak program ini. Cucuk thumbdrive ke port USB komputer anda.
3.Run program Photorec_win.exe.
4.Pilih Thumbdrive.

Creative Commons 6
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5. Pilih Intel

6. Partition dijumpai

Creative Commons 7
Hardyweb Tech Mahir Komputer

7.Jika anda terformat seluruh thumbdrive, boleh pilih whole, dan jika anda
terdelete salah satu file boleh pilih free.

8.Ramai yang keliru apabila sampai ke skrin di bawah, jika anda tak faham,
tekan Y untuk Yes sahaja. Sebenarnya skrin tersebut bertanya, di manakah
data yang akan di recover akan disimpan.

Creative Commons 8
Hardyweb Tech Mahir Komputer

9.Proses recovery dimulakan.

10.Setelah selesai, anda boleh lihat data yang telah dipulihkan dalam folder
yang dicipta. Iaitu recup_dir.1, recup_dir.2 dan seterusnya.

Creative Commons 9
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Test Disk [Windows] [ Linux ][Hardware]


Program ini digunakan untuk mengembalikan partition hard disk atau
thumbdrive yang tiba tiba hilang.
1.Pernahkah situasi dalam gambar di bawah terjadi kepada anda? thumbdrive
yang dicucuk pada USB port dikesan oleh komputer anda. Anda cuba
membukanya tetapi gagal, komputer mengeluarkan informasi seperti dalam
gambar.

2.Buka progam Testdisk_win.exe yang telah di muat turun bersama sama


dengan Photorec_win.exe tadi. Anda akan dipaparkan dengan paparan seperti
di bawah

Creative Commons 10
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3.Pilih Create
4.Anda akan dipaparkan dengan satu lagi paparan seperti di bawah

5.Pilih Jenama thumbdrive anda dan Pilih Proceed

6.Pilih Intel

Creative Commons 11
Hardyweb Tech Mahir Komputer

7.Pilih Analyse

8.Pilih Quick Search

9.Jika anda menggunakan Windows Vista, tekan Y untuk Yes, jika tidak, tekan N
untuk No.

Creative Commons 12
Hardyweb Tech Mahir Komputer

10.Skrin seterusnya, perisian Test Disk berjaya mengesan partition yang hilang.

11.Pilih Partition berkenaan, tekan Enter untuk teruskan. Pilih Write.

12.Satu mesej akan keluar, . Tekan Y untuk menulis kembali partition dalam
thumbdrive anda.

Creative Commons 13
Hardyweb Tech Mahir Komputer

13. Perkataan reboot dalam gambar di bawah bermaksud sekiranya anda


membaiki partition yang hilang pada hard disk. Sekiranya thumbdrive anda
yang hilang, tak perlu reboot, anda perlu eject thumbdrive anda, dan cucuk
balik thumbdrive tersebut pada port USB.

Eraser [Windows]

Kita menyimpan data dalam hard disk dan thumbdrive, tidak kiralah sama ada
data tersebut berbentuk butir peribadi mahupun data biasa. Kebanyakan orang
menyimpan segala maklumat rahsia dalam thumbdrive dan beranggapan
bahawa mereka masih lagi terselamat sekiranya thumbdrive yang mereka
gunakan boleh dikunci dengan perisian tertentu.
Dengan perisian tertentu, data dari thumbdrive tersebut boleh dicuri dengan
mudahnya. Saya akan ajar cara untuk membuang data sulit tanpa tinggalkan
jejak.
http://www.heidi.ie/eraser/
Contoh 1: Delete File secara biasa.
1.Anda membuang file secara biasa.

2.Dengan menggunakan program tertentu, data yang dipadam tadi, dapat


dikembalikan kepada asal dengan mudah.

Creative Commons 14
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Contoh 2: Delete File menggunakan eraser


1.Download dan Install Eraser
2.Pilih butang On Demand,Pilih file, folder atau keseluruhan data yang ingin di
delete.

Creative Commons 15
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3.File yang akan dipadamkan.

4.Klik Run.

Creative Commons 16
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5.File yang dipilih dipadam dan proses penghasilan dummy


file dilakukan.

6.Perisian Recovery akan memaparkan file dummy yang telah dienkriptkan.

Creative Commons 17
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Portable AV
Perisian Antivirus buatan anak Malaysia, perisian ini dapat mengesan virus
tempatan dan juga dari negara jiran. Mempunyai fungsi scan realtime.
1.Download dan install portable av di alamat http://www.data0.net/

2.Portable AV akan dipasang di systray.


3.Setiap kali anda plugin thumbdrive pada USB port, Portable AV akan detect
thumbdrive tersebut dan bertanyakan anda sama ada untuk scan atau tidak.

TIP:
Satu tips untuk mengelakkan dari
virus merebak. Jangan klik terus
pada ikon thumbdrive.
Sentiasa gunakan klik kanan
pada ikon thumbdrive dan pilih
menu Explore.
Ini mengelakkan sebarang trojan
atau malware yang berada di dalam
thumbdrive merebak akibat
daripada pengaktifan file
autorun.inf yang berjangkit tanpa
disedari

Creative Commons 18
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Burn CD guna cdrtfe [windows]


Salah satu perisian alternatif yang lengkap untuk 'burn' data, lagu, rip mp3
adalah CDRTFE. Ia merupakan antara muka pengguna kepada perisian CDR
Tool.
Saiz kecil berbanding dengan perisian berbayar yang popular. Sila download
program cdrtfe di http://cdrtfe.sourceforge.net/

Creative Commons 19
Hardyweb Tech Mahir Komputer

MS Office 2007 DocX [Windows]

Ramai antara rakan-rakan kita yang beralih kepada MS Office 2007 setelah
versi terbaru ini berada di pasaran, ada juga di antara mereka yang membeli
komputer baru yang sedia terpasang dengan perisian ini.
Masalah utama yang dihadapi adalah file berformat docx dari MS Office 2007
tidak boleh dibuka dengan MS Office 2003. Pengguna perlu memuat turun
aplikasi converter bagi membolehkan file docx dibaca dalam MS Office 2003.
Satu situasi yang pernah saya alami, saya telah membuat kerja kerja penulisan
dengan menggunakan perisian MS Office 2007 di suatu tempat di luar pejabat.
Saya simpan file tersebut dalam thumbdrive dan pulang ke pejabat. Malang
sekali, pc saya ketika itu, tidak diinstall dengan MS Office 2007 mahupun MS
Office 2003.
Ada beberapa cara sebenarnya yang membolehkan saya untuk view file docX
tersebut dan dalam buku ini, saya ingin kongsi salah satu cara yang saya
gunakan untuk membaca file docX. Saya gunakan perisian Abiword
dan plugin docX converter.

1. Download perisian Abiword dan plugin


http://www.abisource.com/

2. Install Abiword dan plugin


satu persatu.
3. Buka file docX tadi.

Jika anda tak mahu download


perisian abiword, anda boleh
gunakan website ini untuk
convert file tersebut atau jika
anda ada akaun gmail, anda
boleh attach file docx kepada
diri anda sendiri, gmail akan
convert isikandungan file docX
tersebut kepada bentuk html.

Perisian Open Office 3.0 juga


sudah mempunyai kemudahan
untuk membuka file berformat
docx,

Creative Commons 20
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Open Document Format (ODF)


Ia merupakan suatu format dokumen elektronik yang diiktiraf oleh ISO dengan
kod isonya ISO/IEC 26300:2006 Open Document Format for Office Applications
(OpenDocument) v1.0.
Kenapa OpenDocument? Ia diwujudkan supaya kita bebas untuk mencipta
sebarang perisian yang dapat membaca format file OpenDocument. Kita tidak
perlu terikat dengan suatu perisian berbayar. Dalam kata lain, kita tak perlu
membeli perisian pejabat semata mata kerana kita perlu membuka file
berformat doc, xlt, ppt.

Antara format yang biasa digunakan dalam OpenDocument adalah seperti


berikut:

•odt = text
•ods = spreadsheet
•odp = presentation
•odg = graphic
•odf = formula
Perisian yang menyokong ODF ini antaranya adalah OpenOffice, Abiword,
Koffice dan banyak lagi perisian lain. Jadi, pengguna boleh memilih untuk
menggunakan mana-mana perisian kegemarannya dan tidak terikat dengan
mana mana syarikat pengeluar perisian pejabat.
Dengan dasar kerajaan sekarang yang menyokong format ODF ini, saya
percaya format ini akan terus berkembang dan digunakan secara meluas pada
masa akan datang.

Creative Commons 21
Hardyweb Tech Mahir Komputer

China Ipod [ windows] [linux]


Ramai yang tanya saya bagaimana untuk
memasukkan videoclip ke dalam Ipod Made In
China. Untuk makluman semua, walaupun pada
kotak yang membungkus ipod murah tersebut
tertulis mp3/mp4 player namun begitu, Ipod ini
tak boleh memainkan file berformat mp4.
Pengeluar ipod ini menggunakan satu format
lain yang bernama AMV format.
Biasanya, pengguna yang membeli produk ini
dibekalkan dengan satu perisian untuk
menukar video klip kepada format AMV.
Malangnya perisian ini hanya untuk pengguna
Windows sahaja.
Kini pengguna linux dan windows boleh
memuat turun program ffmpeg yang telah
diubahsuai untuk membolehkan fail movie
ditukarkan kepada format AMV.
Command line
Http://codec.google.com/p/amv-codec-tools
Frontend
http://mympxplayer.org/

Creative Commons 22
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Gmail [Internet]
Gmail merupakan salah satu dari aplikasi Internet yang disediakan oleh
syarikat Google Inc iaitu salah satu syarikat enjin pencari Internet. Ia
menyediakan ruang sebesar 2 Gigabyte kepada pengguna yang mendaftar dan
ruang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.
Syarikat Google Inc juga merupakan pembekal OpenID melalui pendaftaran
akaun gmailnya.
Pengalaman saya menggunakan email percuma bermula sejak tahun 1997,
email pertama saya ketika itu adalah hotmail.com. Dua tiga tahun kemudian,
saya mendaftar pula Yahoo Mail kerana teruja dengan akaun Yahoo Mail yang
boleh digunakan sebagai akaun Instant Messenger.
Sekitar tahun 2005, ketika itu, pihak Google membuka pendaftaran eMail
Google yang dikenali sebagai Gmail secara jemputan dari rakan-rakan.
Walaupun memiliki beberapa akaun email percuma, pada pandangan saya,
Gmail adalah yang terbaik, Walaupun semua perkhidmatan email percuma
tersebut mempunyai iklan tetapi Gmail yang menggunakan iklan berbentuk
teks membuatkan saya tidak perasan kehadiran iklan tersebut berbanding
dengan teknik pengiklanan yang digunakan oleh dua akaun email saya yang
terdahulu yang menggunakan imej dan juga transparent flash.
OpenID, dengan hanya satu akaun, anda boleh mengakses aplikasi aplikasi
lain, baik dalam produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang sama atau produk
yang dikeluarkan oleh syarikat berasingan yang membenarkan penggunaan
OpenID tanpa perlu mendaftar. Apabila anda mendaftar akaun email di
Google ,maka anda boleh menggunakan ID dan password email anda untuk
mengakses mana-mana aplikasi yang dibekalkan oleh Google.

Gmail Label

Ramai rakan-rakan saya terkeliru apabila baru berhijrah ke gmail kerana pada
pendapat mereka gmail tiada fungsi untuk membuat folder yang dapat
mengisih email yang dihantar oleh rakan-rakan.
Sebenarnya gmail pun boleh membuat pengisihan atau filtering ke atas mana
mana email mengikut kehendak pengguna akaun tersebut.
Di dalam akaun gmail folder berasingan ini ditanda atau dikenali sebagai label.
Untuk membuat pengisihan tersebut, seseorang pengguna perlulah mencipta
suatu label dan kemudian membuat filter ke atas mana-mana email yang
dikehendaki.

Creative Commons 23
Hardyweb Tech Mahir Komputer

1. Klik Edit Labels pada wiget Labes di sebelah kiri anda


dalam akaun gmail.

2. Cipta satu label dengan nama tertentu, tekan butang Create.

3. Sekarang ke fungsi Filters. Klik pada Create a new filter untuk membuat
filter baru.

4. Taipkan nama email rakan anda.

Creative Commons 24
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5. Tick pada Skip the Inbox, dan tick pada Apply the
label, pilih nama rakan anda.

6. Tekan butang Create Filter. Apabila rakan anda menghantar email, email
tersebut akan terus berada dalam Label yang bertanda nama rakan
anda. Ia tidak akan wujud dalam Inbox kerana anda telah tick pada Skip
the Inbox.

Gtalk & Video Chat


Satu kelebihan bagi pengguna gmail, anda boleh mengaktifkan satu aplikasi
chit-chat dalam gmail. Anda boleh berinteraksi secara langsung di antara anda
dan kawan-kawan anda yang
menggunakan gmail. Selain
daripada itu, jika anda adalah
pengguna sistem
pengoperasian Windows dan
komputer anda dilengkapi
dengan webcam, anda boleh
memuat turun plug-in untuk
membolehkan anda berinteraksi
secara langsung melalui
perkhidmatan video dan suara
Video Chat.
Pastikan pc atau laptop anda
mempunyai webcam. Anda juga
perlu install perisian add-on untuk webchat, http://mail.google.com/videochat .
Pastikan juga pc atau laptop anda dilengkapi dengan Flash player.

Creative Commons 25
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Gmail Gadget
Bosan kerana terlalu banyak aplikasi yang anda perlu buka setiap kali online.
Anda ingin bertwitter, memeriksa email dan dalam masa yang sama juga anda
ingin berYM. Jika anda adalah salah seorang pengguna gmail, anda boleh
memasukan gadget twitter dan gadget Yahoo Messenger ke dalam gmail.
1. Masuk ke akaun gmail, ke Setting → Labs
2. Enable Gadget , opsyen tersebut berada di bawah sekali. Anda perlu
skrol ke bawah. Tekan Save Changes.

3. Anda akan dapati satu opsyen dalam Setting wujud. Iaitu Gadget.

4. Sekarang anda perlu ke alamat berikut untuk mendapatkan gadget yang


diinginkan. Http://www.google.com/ig

5. Lihat di sebelah kanan anda, terdapat satu link Add stuff. Klik link
tersebut.

Creative Commons 26
Hardyweb Tech Mahir Komputer

6. Dalam contoh ini, saya ingin memasukkan Yahoo Messenger ke dalam


akaun Gmail saya. Saya menggunakan fungsi Search di sebelah kanan
saya dan terus mencari YM.

7. Klik kanan pada tajuk, jangan tekan butang Add it Now. Anda akan
dipaparkan dengan url bagi gadget tersebut. Salin dan tampal url tadi ke
dalam akaun gmail anda. Tambah http:// di bahagian hadapan URL
tersebut. Tekan butang Add.

8. Sekarang anda telah mempunyai gajet YM dalam akaun gmail anda.

Creative Commons 27
Hardyweb Tech Mahir Komputer

9. Di sebelah tepi akaun gmail anda, ada satu widget


baru akan muncul. Sekarang anda boleh log masuk ke akaun YM anda.

Google Reader[internet]
Setiap hari, saya membaca blog dan website, bukan satu atau dua blog tetapi
hampir 100 blog dan laman web yang perlu saya baca. Bagaimana saya
mengingati semua laman ini?
Sebenarnya, kita tidak perlu mengingati setiap laman yang biasa kita lawati,
dengan menggunakan agregator atau RSS reader, setiap laman yang kita
langgan akan memaparkan tajuk berita yang baru dikemaskini.
Dengan cara ini, tidak perlulah kita bersusah payah untuk mengingat dan
mengambil masa yang lama untuk melawat satu persatu laman kegemaran
kita.
Jika anda telah pun mempunyai akaun google, anda boleh menggunakan
aplikasi yang diberi nama Google Reader untuk menetapkan lamanweb
kegemaran di dalam Google Reader tersebut. Jika masih tiada akaun Gmail,
anda boleh mendaftar untuk mendapatkannya secara percuma.
Untuk mengakses ke aplikasi Google Reader, anda boleh log masuk dari

Creative Commons 28
Hardyweb Tech Mahir Komputer

1.Akaun Gmail, klik menu di atas email.


2.URL http://www.google.com/reader

Gambar Google Reader dengan tema lama.

3.Jika anda menggunakan Firefox, anda boleh mendapatkan URL rss seperti
dalam bulatan di bawah. Double Clik pada bulatan tersebut.

4.URL RSS feed seperti di bawah. Copy URL tersebut.

Creative Commons 29
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5.Jika anda menggunakan Internet Explorer 7, fungsi pengecam RSS feed


berada di bahagian toolbar. Klik pada ikon RSS.

6.Dalam Google Reader, klik url Add Subscription, kemudian paste RSS yang di
ambil dari blog / laman tadi.

7.Anda boleh mencipta folder/label bagi setiap RSS feed yang anda masukkan.

Creative Commons 30
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Microblog [internet]
Cara terkini bersosial di Internet. Microblog merupakan satu sistem mesej yang
menghadkan sebanyak 140 aksara sahaja yang boleh dihantar dalam satu-satu
masa.
Anda boleh menghantar mesej melalui komputer, peranti berInternet mahupun
telefon bimbit anda. Dengan adanya microblog sebegini, anda dan rakan-rakan
anda dapat mengikuti perkembangan semasa dan dapat mengetahui setiap
aktiviti yang anda buat.
Pada masa buku ini ditulis, terdapat beberapa website yang berorientasikan
microblog yang sangat aktif dan ternama, antaranya adalah Twitter dan
Identi.ca yang mana mempunyai kelebihan masing-masing.
Twitter
1.Masuk ke laman Twitter.com

2.Klik Join The Conversation.

Creative Commons 31
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3.Daftar

4.Log masuk ke Twitter dan mula tambah kawan-kawan sehingga anda boleh
berinteraksi antara satu sama lain.

Save website As PDF [internet]


Ada beberapa cara untuk simpan website ke dalam bentuk pdf, sesetengah
orang menggunakan perisian tertentu yang dijadikan sebagai virtual printer.
Maksudnya, apabila seseorang itu install perisian tersebut, satu printer virtual
akan wujud dalam komputer Namun itu, ia bukanlah printer sebenar. Ia
digunakan untuk menukar suatu maklumat yang dicetak dari browser kepada
bentuk file pdf. Ia boleh digunakan semasa online atau offline.
Jika pengguna komputer sentiasa online, boleh juga guna cara ini, hantar URL
website ke server tertentu – server menukar website ke dalam bentuk pdf –
pengguna download kembali file pdf yang telah siap.

Creative Commons 32
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Firefox
1.Download dan install Plugin
Pdfdownload
https://addons.mozilla.org/en-
US/firefox/addon/636

2.Buka laman web yang ingin


disimpan sebagai pdf
3.File → Save page as pdf

4.Tunggu, proses penukaran sedang dijalankan

Creative Commons 33
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5.Proses penukaran berjaya.

Firefox akan memuat turun fail pdf yang siap ditukar

Kaedah menyimpan website dalam bentuk pdf ini amat sesuai bagi mereka
yang tiada akses Internet di rumah.

Creative Commons 34
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Sunting Fail Pdf Dalam Openoffice Draw


[Openoffice]
Dalam buku terdahulu, saya memperkenalkan Foxit Reader iaitu perisian
percuma yang kecil yang berfungsi sama seperti Adobe Acrobat Reader iaitu
untuk memaparkan fail pdf.. Perisian Foxit Reader ini berupaya untuk
menyunting fail pdf yang dipaparkan, tetapi fungsi tersebut perlu ditambah
dengan bayaran tertentu.
Syukurlah, sekarang OpenOffice berupaya untuk membaca dan membuat
suntingan ke atas fail pdf Anda hanya perlu mendapatkan extension di laman
berikut :

1.Download extension di
http://extensions.services.openoffice.org/project/pdfimport
2.Install pdfimport , Tool → Extension Manager → Add

Creative Commons 35
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Fail pdf di buka dalam OpenOffice Draw dan disunting. Apabila siap suntingan,
eksport kembali kepada bentuk pdf dan paparkan dengan Adobe Acrobat atau
Foxit Reader.

Creative Commons 36
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Simpan Gambar Dari PDF Guna


OpenOffice Draw
Pastikan OpenOffice anda dilengkapi dengan plugin pdf import dari sun
Microsystems.
1.Buka fail pdf yang mempunyai gambar
2.Klik kanan pada gambar tersebut, save as picture.

Creative Commons 37
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Partimage Is Not Ghost


[harddisk,recovery,backup]

Ramai yang tahu, proses backup sebuah hard disk atau membuat klon
biasanya menggunakan Norton Ghost yang dikeluarkan oleh syarikat
Symantec. Perisian ini berbayar dan mudah digunakan oleh mereka yang
bergelar juruteknik komputer. Kenapa mahu mengklon atau backup? Alasannya
senang sahaja, ingin menjimatkan masa.
Kepada yang belum tahu lagi akan proses klon ini. Dalam dunia komputer, hard
disk yang kita gunakan, boleh diklon dengan menggunakan perisian tertentu,
Contohnya, saya membeli dua buah pc baru yang masih kosong, saya install
Sistem Pengoperasian dan semua program yang berpatutan dan membuat
konfigurasi ke atas salah sebuah PC tersebut. Saya tidak mahu membuang
masa, jadi saya gunakan perisian Ghost untuk klon kan pc yang pertama tadi,
setelah itu, saya akan masukkan data klon tadi ke dalam pc yang kedua. Jimat
masa. File klon tadi, saya boleh simpan sebagai backup untuk kegunaan masa
akan datang.
Namun begitu, perisian Ghost yang saya ceritakan di atas perlu dibeli dengan
harga yang tertentu. Jika anda seorang yang berkemampuan, anda boleh
menggunakan perisian tersebut. Jika tidak, ada perisian alternatif lain yang
boleh membuat proses yang sama.
Partimage Is Not Ghost dibangunkan oleh komuniti Linux berupaya membuat
proses yang sama dengan Norton Ghost.
1.Download dan burn iso ping http://ping.windowsdream.com/
2.Set cdrom/dvd komputer anda supaya menjadi firstboot atau tekan F11 untuk
pilih media cdrom semasa proses POST

Creative Commons 38
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3.Live cd PING akan mula membaca data daripada cd tadi.

4. tekan ENTER.

Creative Commons 39
Hardyweb Tech Mahir Komputer

5.Baca arahan pada skrin. Dan tekan Enter.

6.Anda di beri pilihan sama ada untuk masuk ke shell, reboot system atau
shutdown sistem apabila proses backup siap. Pilih OK

7.anda akan ditanya di manakah data yang anda backup akan disimpan? Pilih
local disk/partition.

Creative Commons 40
Hardyweb Tech Mahir Komputer

8.Pilih partition untuk dibackup

9.Pilih destinasi data yang ingin dibackup, biasanya dalam partition ke dua.

Creative Commons 41
Hardyweb Tech Mahir Komputer

10.Jangan letak apa apa dalam ni, tekan enter saja.

11.Namakan data backup anda.

Creative Commons 42
Hardyweb Tech Mahir Komputer

12.Pilih gzip dan tekan enter.

13.Data anda sedang di backup.

Creative Commons 43
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Cekupan Skrin /Screen Capture


Terdapat pelbagai cara untuk membuat cekupan skrin ( screen capture ) baik
untuk Sistem Pengoperasian Windows mahupun Linux.
Pengguna Windows
1.Anda boleh membuat cekupan skrin dengan menekan kekunci print skrin dan
run program paint, paste cekupan skrin tadi.
2.Jika anda ingin mengambil window yang aktif sahaja. Tekan kekunci Alt+print
skrin.
3.Cekupan skrin juga boleh diambil dengan menggunakan perisian tertentu
seperti Adobe Photoshop, The Gimp, dan lain lain.

Pengguna Linux
1.Jika anda pengguna KDE, anda boleh menggunakan Ksnapshot
Dalam KDE, Tekan kekunci F11, secara automatik Ksnapshot akan keluar.
2.Jika anda pengguna Gnome,
Applications —> Accessories —> Take Screenshot

3.Anda juga boleh menggunakan scrot atau import


$import -window root -resize 800 screen.jpg
$scrot -s image.jpg

4.The Gimp juga boleh digunakan.


File —> Acquire —> Screen Shot

Creative Commons 44
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Asas Arahan Linux [linux]


Dalam buku ini, saya akan terangkan asas arahan linux untuk membuat salinan
file [copy], memadam fail dan direktori [ delete ], memindahkan fail dari suatu
direktori ke direktori yang lain [ move ], membuat direktori baru. Memaparkan
isikandungan suatu fail.
1.Menyenaraikan semua fail
Dalam arahan linux, untuk menyenaraikan semua fail dalam direktori, kita akan
gunakan arahan ls. Dalam gambar di bawah, saya berada dalam direktori
Contoh, dan dalam direktori tersebut, terdapat 5 fail.

Untuk melihat 5 fail tadi secara terperinci, anda boleh membuat arahan begini,
ls -la

Anda juga boleh memaparkan suatu fail atau semua fail dari direktori
lain walaupun anda berada dalam direktori yang lain. Dalam gambar di
bawah, saya dapat memaparkan senarai fail dari direktori CONTOH
walaupun ketika itu saya berada dalam direktori CONTOH2

Creative Commons 45
Hardyweb Tech Mahir Komputer

2.Membuat direktori baru menggunakan arahan mkdir

3.Menyalin fail ke direktori lain

arahan cp namafile destinasi direktori.


4.Memindahkan fail ke direktori lain.
Arahan mv digunakan untuk memindahkan fail atau direktori ke tempat lain.

5.Memadamkan fail dan direktori.


Arahan rm untuk memadamkan fail. Manakala rm -rf utk memadamkan
direktori.

Creative Commons 46
Hardyweb Tech Mahir Komputer

6.Memaparkan kandungan fail


Arahan cat untuk memaparkan kandungan suatu fail.

Nota: Saya menggunakan contoh extension doc supaya senang untuk


pengguna-pengguna windows faham situasi fail tersebut. Sebenarnya dalam
linux, anda boleh buat fail text tanpa extension tertentu. Akan tetapi,
sesetengah fail memerlukan extension untuk berfungsi dalam program-
program tertentu seperti contoh fail php, fail html dan sebagainya.

Netdiscover [linux]

Dalam buku yang lalu, saya ada menceritakan penggunaan perisian angry
scanner untuk memeriksa IP pada semua komputer. Tetapi angry scanner
merupakan perisian percuma yang kecil yang boleh dijalankan dalam Sistem
Pengoperasian Windows sahaja.

Bagaimana pula sekiranya kita ingin memeriksa semua IP komputer dalam LAN
menggunakan LINUX. Salah satu perisian yang boleh digunakan adalah
netdiscover. Ia akan menyenaraikan semua IP yang dikesan beserta dengan
MAC address bagi setiap IP tersebut. Anda perlulah memasuki root untuk
menjalankan program netdiscover.

Creative Commons 47
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Menguatkan Volume Lagu dengan SOX


[linux]
Program SOX merupakan perisian berbentuk command line, anda hanya perlu
memasukkan parameter tertentu untuk memanipulasi bunyi audio.
Pengguna windows boleh mencuba dengan memuat turun program ini di laman
berikut.
Pengguna linux boleh memuat turun proram ini dengan menggunakan mana
mana download manager.
Sesetengah pengeluar distro linux hanya menyediakan program SOX yang
hanya boleh baca file mp3 sahaja dan tidak boleh mengeluarkan output mp3.
Anda boleh menggunakan bantuan ffmpeg untuk tujuan penukaran fail ke mp3.
Dalam contoh di bawah, saya menguatkan volume input.mp3 dan
mengeluarkan file output.ogg [ ogg merupakan file audio open source ]. Oleh
kerana fail mp3 digunakan secara meluas, saya gunakan program ffmpeg
untuk menukar kembali fail ogg kepada fail mp3

$sox -v 1.5 input.mp3 output.ogg


$ffmpeg -i output.ogg lagubaru.mp3

•Pengguna windows juga boleh mendapatkan sox.exe di laman berikut.

http://sox.sourceforge.net/

Creative Commons 48
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Cipta playlist dalam Linux untuk


Mplayer[linux]
Saya menggunakan Mplayer sebagai pemain lagu dan video saya dalam laptop
yang diisi dengan sistem pengoperasian Linux yang saya gunakan untuk
menulis buku ini. Oleh kerana laptop yang digunakan sudah tua, hanya
mempunyai memori yang tidak seberapa. Saya perlu pastikan bahawa saya
mempunyai cukup memori untuk membuat kerja dalam suatu masa seperti
menulis menggunakan openoffice, menyunting gambar menggunakan The
Gimp sambil mendengar lagu dan dalam masa yang sama mencari bahan
menggunakan browser Firefox di Internet.
Walaupun terdapat banyak opsyen pemain lagu yang boleh diinstall ke dalam
sistem pengoperasian ini, namun saya memilih mplayer kerana ia boleh
memainkan lagu walaupun dalam arahan command line dengan penggunan
memori yang minimum dan tidak memerlukan antaramuka yang cantik.
Bagaimana untuk memainkan keseluruhan lagu yang ada dalam suatu folder
dengan menggunakan mplayer [command line] ?
Bina dahulu playlist
$find direktori\ -name “*.mp3” > playlist.pls
1.Sekarang kita telah pun mempunyai file playlist. Mainkan file tersebut
dengan mplayer.
$mplayer -playlist playlist.pls
Saya sedang mendengar lagu yang dimainkan oleh mplayer dari playlist yang
baru dicipta tadi.

Creative Commons 49
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Cari Maklumat Dalam Forum Yang


Berdaftar [internet]
Adakalanya, semasa mencari maklumat dalam Internet, terdapat forum-forum
yang menghendaki seseorang itu mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli
forum, barulah dia dapat memaparkan maklumat-maklumat yang terkandung
dalam forum tersebut ataupun maklumat dalam forum tersebut telah pun
dipadamkan.
Dengan menggunakan enjin pencarian Google, anda boleh menggunakan
fungsi Cache.

Klik link cache,

Creative Commons 50
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Tab dan Shift + Tab


Saya melihat ramai yang menggunakan komputer baik budak IT sendiri, masih
bergantung kepada tetikus semasa mengisi borang-borang Online. Ramai yang
tahu penggunaan kekunci Tab, tetapi ramai yang kurang tahu pengguaan
kekunci Shift+Tab.
Jika kekunci Tab berfungsi untuk menurunkan cursor ke bawah, kekunci
Shift+Tab berfungsi menaikkan cursor tersebut kembali ke atas.

Pembaca Kad Pintar / MyKad dan Pengesan Ibu Jari.


Saya mempunyai sedikit pengetahuan dan pengalaman tentang penggunan
aplikasi kad pintar serta mykad. Berikut adalah catatan saya, bagaimana untuk
mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kad pintar dan mykad.
Kad pintar / bank kad / myKad
1. Permukaan cip pada kad pintar / bank kad mudah berkarat
Gunakan getah pemadam untuk membuang karat pada permukaan cip.

2. Elakkan kad pintar disimpan bersama-sama duit syiling dalam beg duit.
Ini kerana kad tersebut mudah rosak apabila tersepit antara kad lain dan
duit syiling.

Creative Commons 51
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3. Pengesan cap jari tidak dapat mengesan ibu jari anda.


a. Jari anda terlalu basah, sila keringkan ibu jari.
b. Jari terlalu kering, gunakan pelembap.
c. Anda merupakan seorang pekerja binaan yang terlibat dengan simen
dan tile. Kes sebegini agak sukar sedikit kerana perlu menggunakan
peranti pengesan cap jari dari jenis optikal yang biasa digunakan oleh
Jabatan Pendaftaran Negara.
4. Elakkan kad pintar, myKad dari terkena air kerana ada sejenis kad pintar
yang dibuat secara berlapis-lapis.

Jaga kad pintar anda dengan cermat dan pastikan ianya berfungsi dengan baik
kerana jika kad tersebut rosak, anda jugalah yang rugi.

The GIMP
The Gimp merupakan perisian manipulasi gambar yang dikeluarkan oleh
komuniti sumber terbuka yang menjadi alternatif kepada perisian Adobe
Photoshop. Pengguna Windows boleh mencuba perisian ini dengan
memuatturun perisian ini di laman berikut. http://www.gimp.org/
Bagi pengguna linux pula, anda boleh compile atau menggunakan apa saja
packaje manager seperti apt-get, yas dan sebagainya untuk memuat turun The
Gimp.

GIMP: Create Border


Membina satu Border atau bingkai pada gambar.
1.Buka The Gimp
2.Buka gambar yang bersesuaian.
3.Tekan Ctrl+ A untuk select all
4.Edit → Stroke Selection
5.Stroke Line → 2 px → OK
6.Tekan Butang Stroke

Creative Commons 52
Hardyweb Tech Mahir Komputer

GIMP: Highlight
Membuat spot area terhadap kawasan
tertentu dalam gambar
1.Buka The Gimp
2.Pilih Rectangel Tool
3.Pilih ruang yang ingin dicerahkan
4.Select → Invert
5.Buat satu layer baru
6.Pilih Bucket Fill Tool, pilih warna hitam
7.Warnakan layer baru tersebut dengan warna hitam.
8.Set Opacity dalam layer tool pada layer baru dengan 60% opacity.

GIMP: Level
Berfungsi untuk mencerahkan/mengelapkan
gambar
1. Buka Imej yang hendak dicerahkan
2. Color → Levels
3. Set input dan output levels mengikut
kehendak anda.

Hati-Hati Semasa Melayari Internet


Berikut adalah pesan dan nasihat saya kepada adik-adik, kawan-kawan yang
baru belajar untuk menjadi webmaster, abang/kakak yang baru dapat talian
Internet dan semua orang.
Internet adalah suatu tempat yang luas, sekiranya kita tersilap melepaskan
data peribadi kita ke tempat tertentu, natijahnya kita akan tanggung sendiri.
Hati hati semasa membuat sebarang urusan di Internet. Ramai yang bertemu
jodoh di Internet tapi ramai juga yang tertipu, hilang wang ringgit kerana
Internet.

Creative Commons 53
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Daftar Forum/ Laman Sosial / Laman


Blog
Saya melihat ramai adik-adik yang baru kenal dengan laman web terutamanya
forum atau laman sosial meletakkan nama sebenar dan meninggalkan
beberapa maklumat peribadi yang penting dalam laman tersebut. Jangan
terlalu naif atau betul bendul kerana maklumat yang adik-adik lepaskan ke
Internet boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jangan sekali-kali meletakkan nombor telefon atau nombor kad pengenalan
adik-adik dalam laman yang tidak sepatutnya kecuali aplikasi kerajaan ,
universiti dan perbankan yang memerlukan data tersebut. Nasihat ini tidak
terhad kepada adik-adik di sekolah sahaja, orang dewasa juga perlu lebih
berhati-hari supaya data peribadi tidak terlepas dan tersebar ke Internet.
Bagaimana data ini boleh dicari di Internet. Jawapan yang paling mudah adalah
melalui pencarian menggunakan enjin pencari seperti Google.

Bahaya Gambar Yg Di Ambil Secara Cakupan Skrin


Dalam bab terdahulu, saya ada menceritakan tentang bagaimana untuk
membuat cakupan skrin. Kadang-kala, oleh kerana kerana kita terlalu teruja
dengan gambar yang diambil lalu dengan tidak sengaja kita lepaskan gambar
tersebut ke Internet.
Sebenarnya, kita perlu menapis gambar tersebut terlebih dahulu sebelum kita
melepaskannya ke Internet. Sebarang maklumat dalam gambar tersebut yang
kita dedahkan akan menyusahkan kita di kemudian hari.

Jangan Memuat Turun Program Sesuka Hati


Kita selalunya teruja dengan program atau permainan baru yang ditunjukkan
oleh rakan-rakan melalui komputer mereka. Pastinya kita bertanya, bagaimana
untuk mendapatkan program tersebut supaya kita dapat mencari sendiri
program yang digunakan tadi untuk kita cuba dalam komputer kita.
Apabila kita memuat turun suatu program dari Internet, kita tidak tahu sama
ada program tersebut berfungsi sama seperti program yang kita lihat dalam
komputer kawan kita tadi atau pun ianya merupakan trojan/spyware/malware
yang mampu merosakkan konfigurasi komputer kita.
Bertanyalah kepada orang-orang yang lebih arif tentang perisian komputer
atau perisian permainan sebelum memuat turun program tersebut. Anda boleh
ke forum-forum seperti Putera.com, It-tutor, dan sebagainya untuk
bertanyakan tentang program-program yang sesuai yang boleh dimuat turun
dari Internet.

Creative Commons 54
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Abaikan Phising/Spam Email


Seringkali saya melihat berita tentang penipuan melalui email. Ada pelbagai
modus operandi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
untuk menipu pengguna email.
Abaikan atau padamkan email-email yang pelik yang datang dari pengirim
yang tidak diketahui. Ini dipanggil email spam / sampah.
Sekiranya anda mempunyai akaun perbankan online, abaikan / padamkan
terus kiriman email yang meminta supaya anda mengemaskini nama
pengguna dan katalaluan melalui URL yang disediakan dalam email. Ini
dipanggil email phising.
Tentunya anda tertanya-tanya, bagaimanakah orang-orang yang tidak
bertanggungjawab ini mendapat email anda. Jawapannya cukup mudah.
Carian Google
Jika anda mendaftar dalam laman / laman sosial tertentu, mungkin secara tidak
sengaja, anda mendedahkan email anda. Orang lain boleh menuai semua
email tertentu melalui carian Google termasuklah email anda.
Mungkin syarikat/jabatan tempat anda bekerja memaparkan email anda dalam
website mereka. Cara begini. sangat disukai oleh penghantar email sampah.
Mail forwarding
Ramai yang suka menghantar cerita lawak jenaka kepada rakan-rakan yang
lain melalui email. Penghantaran yang tanpa batasan ini melibatkan ribuan
email orang ramai. Jika senarai forwarding mail ini jatuh ke tangan penghantar
email sampah. Anda fikirkan lah natijahnya.

Bagaimana untuk mengelakkan atau meminimumkan kehadiran email sampah


ini.?

1.Jika anda terlibat secara langsung dengan website / laman sosial dsb,
gunakan pendekatan menulis email dengan cara begini, nama_email_anda
[at] email [dot] com.

2.Jangan link kan email anda dengan mailto:

Creative Commons 55
Hardyweb Tech Mahir Komputer

3.Jangan libatkan diri anda dengan mail forwarding. Jika anda gatal tangan
sangat untuk kongsi email tersebut kepada kawan anda. Hadkan email
tersebut kepada beberapa orang sahaja dan beri tahu rakan yang lain yang
menerima email tersebut, sekiranya ingin kongsi email tadi, buat email yang
baru dengan senarai rakan-rakan mereka yang baru dengan bilangan penerima
yang minimum.

4.Jika anda ada website/blog, paparkan alamat email anda dalam bentuk imej.
Contoh laman di bawah menggunakan image untuk memaparkan alamat email
syarikat mereka.

Keep Broken RAR

Pernahkah anda memuat turun suatu fail rar tetapi di pertengahan jalan,
Internet anda terputus ? Jika dalam fail rar tersebut, mempunyai beberapa fail
lain seperti beberapa folder dan dalam folder tersebut terdapat sekumpulan
fail image berbentuk jpg atau png, atau mungkin juga dalam folder tertentu
terkandung beberapa buah fail mp3.
Kalau dalam kes sebegini, anda sebenarnya boleh buka fail rar tersebut
walaupun ada sebahagian yang belum habis dimuat turun. Jika anda adalah
pengguna berdaftar winrar. Anda boleh terus membuka fail rar tadi.
Jika anda tidak menggunakan winrar, anda boleh memuat turun program unrar
di sini http://gnuwin32.sourceforge.net/packages/unrar.htm
gunakan arahan seperti di bawah
Unrar x -kb fail.rar

Creative Commons 56
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Kadang-kadang, saya biasa muat turun fail yang besar dari


Rapidshare atau megaupload yang tidak membenarkan penggunaan download
manager. Terpaksa gunakan fungsi download manager dari firefox, opera atau
chrome.
Jika fail yang saya ingin muat turun dari Rapidshare merupakan fail rar, saya
lebih suka gunakan firefox. Firefox akan mencipta dua fail semasa memuat
turun fail tersebut. Contoh fail yang dimuat turun adalah lagu.rar, Firefox akan
mencipta lagu.rar dan lagu.rar.part. Jika proses muat turun terhenti, saya akan
copy fail lagu.rar.part dan simpan di tempat yang lain. Saya rename kembali
fail tersebut ke bentuk rar dan menggunakan arahan unrar x -kb tadi untuk
membuka fail tersebut.

Upload executable file ke akaun gmail

Saya ingin menghantar antivirus portable dalam bentuk installer exe kepada
kawan saya menggunakan gmail. Malangnya, gmail tidak membenarkan file
exe dihantar walaupun telah di zip.
Cara yang paling senang yang saya gunakan adalah menukar nama fail
tersebut kepada bentuk lain, atau jika takut rakan saya terkeliru, saya hanya
meletakkan satu dash di belakang nama fail tersebut.
Pastikan Pc Windows anda memaparkan nama fail berserta dengan extension.
Jika tidak, anda perlu membuat sedikit setting.
1. Buka My Computer → Tool → Folder Option
2. View → Untick Hide extension For known File Types
Sekarang, nama file berserta dengan extensionnya dipaparkan dalam pc anda.
Jadi anda tidak perlu pening-pening untuk menukar nama file melalui
Command Prompt. Contoh file yang saya ingin tukar adalah antivirus.zip, jadi
saya hanya menambah satu dash di belakang. Antivirus.zip_
Gmail tidak dapat mengimbas file exe yang dihantar oleh saya kepada kawan.
Biasanya saya arahkan kawan saya supaya menukar kembali file tersebut
dengan membuang dash di belakang nama file.

Creative Commons 57
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Kredit

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi untuk membuat pra-bacaan ke


atas buku ini dan membetulkan kesilapan ejaan, kelemahan ayat dan
pembaikan ke atas buku ini.

Cham Aragon,Wariola,Lankapo, info_malaya, tengkuputra88


mrbjmak, aidil, nasri, mambang, salmi, delanj, darkwan, joker_ss,
aninadila, tejamanis, zul(melayubuntu).

Terima kasih juga kepada semua warga komuniti http://www.mambang.org.my,


http://www.ganux.com.my, http://www.ilmuit.com, http://lowyat.net serta
http://www.putera.com/tanya.

Terima kasih kepada semua pembangun perisian dan juga pembangun aplikasi
Internet.
1.Google Inc
2.FFMPEG
3.Winff
4.PING
5.Teskdisk
6.Open Office
7. The Gimp

Creative Commons 58
Hardyweb Tech Mahir Komputer

Perkakasan Yang Digunakan

1. Dua buah komputer usang.


2. Mukataip Bitstream Vira Sans
3. OpenOffice 3.0 untuk suntingan teks
4. The Gimp untuk suntingan image

Creative Commons 59

You might also like