SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK

 
 
  (Tarikh Kemaskini : 30 Disember 2022)  
  INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK DALAM NEGARA  
 
  1. Bantuan Insentif Siswa Yayasan Perak ini bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja (TAWARAN TERKINI) di Peringkat SIJIL, SIJIL & DIPLOMA VOKASIONAL, DIPLOMA, DIPLOMA LANJUTAN, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD) (Separuh masa dan sama ada bekerja atau tidak) ke IPT yang tersenarai sperti berikut.

    ( Senarai IPT Dalam Negara yang Layak Memohon )

  2. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut :-

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)

  3. Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan..

  4. Pemberian sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

  5. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

    • Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan secara atas talian.

    • Salinan SURAT TAWARAN TERKINI (WAJIB) yang disahkan dan Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

    • Salinan KAD PENGENALAN(Mykad) PELAJAR, IBU dan BAPA (WAJIB) yang lahir di Perak/ Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan) yang disahkan.

    • Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar (WAJIB) yang disahkan.

    • PENYATA PENDAPATAN (WAJIB)(isirumah) bapa dan ibu / penjaga / pemohon / pasangan yang disahkan oleh majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

    • Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (Jika berkaitan).

    • Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pengetua/ Guru Besar/ Pemimpin Tempatan/ Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.





INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK LUAR NEGARA

  1. Pemohon mestilah menghantar permohonan sewaktu SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA pengajian sahaja


  2. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / Ijazah Doktor Falsafah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) LUAR NEGARA yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).


  3. Mahasiswa yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar / Mobiliti Pelajar / Program Berkembar / Latihan Industri di IPT luar negara TIDAK TERMASUK dalam bantuan ini.


  4. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut :-

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau

    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)


  5. Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.


  6. Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Yayasan Perak selepas membuat permohonan secara online:

    • Maklumat Permohonan yang DICETAK selepas membuat permohonan secara atas talian.

    • Salinan SURAT TAWARAN TERKINI (WAJIB) yang disahkan dan Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

    • Salinan KAD PENGENALAN(Mykad) PELAJAR, IBU dan BAPA (WAJIB) yang lahir di Perak/ Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan) yang disahkan.

    • Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar (WAJIB) yang disahkan.

    • PENYATA PENDAPATAN (WAJIB)(isirumah) bapa dan ibu / penjaga / pemohon / pasangan yang disahkan oleh majikan dan sekiranya PESARA sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika BEKERJA SENDIRI sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

    • Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (Jika berkaitan).

    • Semua salinan dokumen yang dikepilkan perlu disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pengetua/ Guru Besar/ Pemimpin Tempatan/ Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas.





  • Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK disertakan dokumen yang diperlukan akan DITOLAK. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

  • Pemohon boleh membuat semakan secara talian/ online dalam tempoh SEBULAN dari tarikh penghantaran dokumen dibuat.

  • Tarikh Permohonan Dibuka : Insentif Siswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara (Sepanjang Tahun)

  • Tarikh Tutup Permohonan: 3 BULAN DARI TARIKH PENDAFTARAN MASUK IPT.
 
     
  **Saya faham dan bersetuju dengan syarat-syarat berikut.  
     
     
     
     

Hakcipta Terpelihara © 2023 Yayasan Perak
Yayasan Perak, Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak, No.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh,Perak Darul Ridzuan.
Tel : +605-2552929 Fax : +605-2531701