Borang Soal Selidik Mengenai Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Tempat Kediaman Bagi Penduduk Sekitar Gambang Dan Pekan

TUJUAN

Soal selidik yang dijalankan oleh pihak kami adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tempat kediaman bagi penduduk di sekitar Gambang-Pekan.  

Memandangkan populasi penduduk di sekitar Gambang-Pekan adalah terdiri daripada pelbagai golongan dan kumpulan pendapatan, kami memohon kerjasama dari pihak Tuan/ Puan bagi memberikan maklumat yang tepat untuk membantu pihak kami dalam usaha merancang mewujudkan suatu penempatan kediaman yang selesa mengikut keperluan warga Universiti Malaysia Pahang serta penduduk sekitar dan negeri Pahang amnya.

Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini adalah SULIT dan hasil kajian ini hanya akan digunakan untuk tujuan laporan kajian ini sahaja.

Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak Tuan/ Puan dapat membantu kami mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai keperluan serta faktor-faktor keselesaan kediaman penduduk. Di atas segala kerjasama serta bantuan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


Pengurusan
UMP HOLDINGS SDN. BHD.

Sign in to Google to save your progress. Learn more
Next
Clear form
Never submit passwords through Google Forms.
This content is neither created nor endorsed by Google. Report Abuse - Terms of Service - Privacy Policy