Thursday 30 October 2014

Multivitamin Terbaik untuk Wanita Hamil

with 0 Comment

Multivitamin Terbaik untuk Wanita Hamil

Wanita hamil harus meningkatkan pengambilan vitamin dan mineral kerana bayi dalam kandungan akan menggunakan semua sumber nutrien yang ada . Sebab itu wanita hamil perlu mengambil multivitamin yang terbaik.

 Asid folik dan zat besi adalah yang paling penting di tahap ini. Wanita hamil juga amat memerlukan vitamin A , tetapi perhatian khusus perlu diberikan kerana pengambilan terlalu banyak vitamin A akan memberi kesan-kesan sampingan.

Asid Folik
Pengambilan vitamin B yang cukup boleh mengurangkan risiko bayi anda daripada kecacatan tiub saraf seperti spina bifida dan anencephaly sebanyak 50 hingga 70 peratus. Asid folik juga boleh mengurangkan risiko kecacatan lain seperti bibir sumbing, lelangit sumbing, dan kecacatan jantung tertentu . Mengambil asid folik juga boleh mengurangkan risiko preeclampsia .

Tubuh anda menyerap versi sintetik asid folik dengan lebih baik daripada yang semula jadi yang terdapat dalam makanan, jadi walaupun anda makan makanan yang seimbang , makanan tambahan sangat disarankan.

Zat Besi
Kebanyakan bakal ibu tidak cukup mineral ini di dalam diet mereka untuk memenuhi keperluan badan mereka yang meningkat ketika hamil. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada anemia. Langkah pencegahan terhadap anemia akibat kekurangan zat besi boleh mengurangkan risiko kelahiran prematur , berat lahir rendah, dan kematian bayi.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Noraiza Abu Bakar
♥ sms/whatsApp/Telegram: 012-617 8480
♥ Emel : delsimoms@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Blog Archive