Wednesday 24 December 2014

Full Body Screening

Seperti yang telah dijanjikan (2 bulan lebih haaa baru nak update! adehhh), saya akan kongsikan pengalaman saya dan suami buat full body screening (full check-up).

Hari: Sabtu
Tarikh: 11/10/2014
Masa: 8.00 am - 1 pm
Tempat: I-heal Medical Centre, Mid Valley

Sebelum tu, apa full body screening ni? Kenapa buat? haaa...
Full body screening ni dengan erti kata yang mudah, cek seluruh badan luar dan dalam.

Antara screening yang kami buat;
1. Cek darah
2. Cek penglihatan, berat, tinggi
3. Cek pendengaran
4. Cek pernafasan (isipadu paru-paru)
5. X-ray
6. Cek jantung
7. Cek air kencing
8. Cek organ dalaman (bahagian tengah termasuk breast, hati, limpa, pankreas, perut, pundi kencing, ovari/ prostat, rahim etc)
9. Cek kandungan oksigen dalam badan
10. Pap smear (yang ni ladies je ok..hehe)

Banyak kan? hihihihi... 
Antara cerita dan kisah-kisah sepanjang screening;

1. Cek darah
Ok amek darah macam biasa...(xsuka kena amek darah! huhu) Amek 2 sample, xtau untuk apa. Selalunya 1 botol kecik tu je. Kali ni 2 botol kecik.

2. Cek penglihatan, berat, tinggi
Ok yang ni pon biasa2 je. Tapi 1st time cek mata, fail!! rabun sudah mataku...sob3

3. Cek pendengaran
Yang ni lawak. Sentap pon ada jugak..kikiki. Sebelum cek pendengaran, adela dia tanya beberapa soalan tentang ngantuk. Mostly situasi-situasi yang dia cakap tu, saya mengantuk. Jujur jela jawab ngantuk. Lepas abes semua soalan, dia pon kata "ayooo, tala bagus la macam ni cik..cik kuat tido haaa" erkkk! sentap mak..hahaha 

4. Cek pernafasan (isipadu paru-paru)
Yang ni dia suruh letak alat dalam mulut dan hembus nafas kuat-kuat lalu mulut sampai la api terpadam (dalam skrin dia tu ada gamba bomba pegang hose air ke arah api..tapi air tu xsampai pon lepas hembus..udara xcukup..kikiki)  

5. X-ray
Macam biasa je

6. Cek jantung
Yang ni 1st time. Dia tampal2 benda putih bulat-bulat kat seluruh dada dan badan (ala macam orang yang dalam icu selalunya tu) 

7. Ujian air kencing
Kikiki...ni pon ada ceritanya. Diorang suruh tahan kencing sebab nanti masa nak cek organ dalaman, pundi kencing kena penuh. Tapi saya xtahan sangat dah. Jadi nurse2 kat citu pon kelam kabut tukar giliran saya dengan orang lain..haha. Saya pon masukla bilik cek organ dalaman dulu, baru buat ujian air kencing.. (sorry nurse kena berkejar-kejar sikit masa ni demi saya..hehe)

8. Cek organ dalaman (bahagian tengah termasuk breast, hati, limfa, pankreas, perut, pundi kencing, ovari/prostat, rahim etc)
Disinilah...disinilah! saya baru tahu yang saya golongan RU, Retroverted Uterus iaitu Rahim Terbalik. Doktor kata memang sejak lahir, bukan sebab penyakit ke apa. Doktor kata gak bole mengandung, tapi semua tu rezeki Allah yang bagi. Saya masih blurr masa ni tentang RU.

9. Cek kandungan oksigen dalam badan
Macam mana dia cek? Dia suruh kayuh basikal senaman tu. Lepas tu adela bacaannya (semput makkk..kantoi jarang bersenam..haha)

10. Pap smear
Ok siapa yang da tau pap smear ni, bagus lah. Tapi jujur saya cakap, saya xtau! haha..Masa dia suruh tukar seluar dengan kain, dah blurr. Saya ingat pap smear untuk cek kanser payudara. Rupanya nak cek kanser servik! kahkahkah..yang ni memang xtahan gelakkan diri sendiri..hehehe

Oihhh...macam dah panjang je cerita, jangan buhsan ya..kikiki
Okla result untuk screening nanti saya share next entry ya :)))

Daaa~~~~~

No comments:

Post a Comment