Wednesday 30 December 2015

Amalan Doa Mudah Hamil dan Dapat Anak

with 0 Comment



Janganlah bersedih...jika di beri ujian masih tidak lagi memiliki zuriat sendiri. tahukah kita yang para anbia juga diberi ujian yang sama? Antaranya Nabi Zakaria.


Nabi Zakaria masih tidak mempunyai anak, biar pun telah berusia 100 tahun kerana isterinya mandul. Namun, beliau tetap berhajat untuk memiliki zuriatnya sendiri lalu memanjatkan pengharapan kepada Allah.

Diceritakan dalam al-Quran: 


Ia berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap orang yang akan menggantikan sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul. Kerana itu anugerahkanlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia wahai Tuhanku, seorang yang diredhai.”

Doa Nabi Zakaria diterima Allah dan beliau dijanjikan dengan kelahiran seorang anak, bernama Yahya, melalui isterinya yang sudah tua itu.


 Mengetahui berita itu, Zakaria bertanya kepada Allah:“Wahai Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku seorang yang mandul dan aku sendiri sesungguhnya sudah mencapai usia yang sangat tua.


Allah berfirman kepadanya:“Hal itu adalah mudah bagiKu dan sesungguhnya Aku telah jadikan kamu sebelum itu, padahal kamu di waktu itu belum ada sama sekali.”


Kemudian Nabi Zakaria berkata:“Wahai Tuhanku, berilah aku suatu tanda.”

Allah berfirman:“Tanda bagimu ialah kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat.”


Selepas itu, Nabi Zakaria tidak berkata lagi. Selama tiga hari tiga malam jika ke tempat ibadah beliau menggunakan isyarat supaya kaumnya bertasbih, sama ada pagi dan petang, sehingga didatangkan Allah malaikat kepadanya bagi memberitahu berita gembira itu.

Firman Allah bermaksud: 

“Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri bersembahyang di mihrab itu, seraya berkata; sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran seorang puteramu Yahya, yang membenarkan kalimat yang datangnya dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri daripada pengaruh hawa nafsu dan seorang nabi daripada keturunan orang-orang soleh."

Ini adalah Doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria. a.s.

doa dapat zuriat

Surah Ai Imran 3:38
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:


“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak. (petikan dari buku101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al-Quran - Khasiat & Kaifiat Beramal oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed).


doa mudah hamil

Surah Al-Anbiya:21:89
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri (tidak mempunyai keturunan) yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Sebaiknya amalan ini dilakukan bersama-sama suami isteri secara berjemaah. Jangan pernah berhenti berharap pada Allah.



 ~ Beauty & Happiness
is Healthy body & Soul ~

Untuk pertanyaan
SMS/Whatsapp @
Email: delsimoms@gmail.com

Eja[1119387] | 012-6178480
    Penghantaran Seluruh Malaysia
    COD: Taiping, Kamunting dan kawasan sekitar

0 comments:

Post a Comment

Anda mungkin berminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.